Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Inikah Gambar Kekasih Baru Afif AF9?

kekasih baru afif af

Hari itu Abang Nara ada cakap yang Afif AF merupakan kekasih buat Salima AF. Rupa-rupanya diorang berdua sudah clash. Dan Afif pun sudah ada kekasih baru yang bernama Aishah. Mungkinkah gadis yang dipeluk Afif di atas ialah kekasih barunya? Nampak kemesraan di situ. Ini ada sedikit penerangan daripada Afif mengenai hubungannya dengan Salima.

Advertisement

Memang saya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Salima. Saya mula kenal dengan dia ketika kami buat show sama-sama pada tahun 2009. Sejak dari situlah hubungan kami mula jadi semakin rapat dan kami terus menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih. Namun, hubungan kami hanya dapat kekal bertahan selama setahun lebih dan kami telah pun putus cinta kira-kira empat bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia Musim 9

Dan mengenai kekasih barunya, Afif mengakui yang dia senang bersama Aishah kerana sikap wanita itu yang membuatkan dirinya berasa senang.

Saya pun tak sangka, begitu cepat pula berjumpa dengan kekasih baru. Mungkin sifat dan sikap yang ada pada kekasih baru saya yang bernama Aishah ini buat saya senang bersama dengannya. Kami juga serasi. Sebab itulah saya rasa kami boleh bersama selamanya. Insya Allah

Apa pun semoga Afif dan Aishah berbahagia. Harap-harap selepas keluar AF ini makin banyak tawaran yang dapat, makin cepat kumpul duit dan makin cepat boleh kahwin. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top