November 23rd, 2017

Ingat lagi tak Abang Nara pernah kongsikan tentang sarapan pagi Mornings @ Mesra? Ala, yang dengan RM5 sahaja korang boleh dapat kombo sarapan seperti nasi lemak, air tin Nescafe dan juga kuih muih. Apa yang menariknya ialah sarapan yang dijual adalah berbeza-beza mengikut stesen. Contohnya nasi lemak disediakan di Kedai Mesra sekitar Lembah Klang sementara untuk Kedai Mesra di Terengganu, nasi dagang pula disediakan.

Terbaru, PETRONAS telah pun menambah beberapa menu baru untuk kempen Morning @ Mesra ini. Abang Nara telah berkesempatan untuk melihat sendiri menu-menu tersebut di majlis pelancarannya yang telah berlangsung di PETRONAS Technology Park Bukit Jalil.

Kini di lebih 450 stesen minyak PETRONAS, anda boleh mendapatkan sarapan pagi seperti Nasi Kerabu, Mee Goreng, Mihun Goreng dan juga air Milo dengan harga serendah RM5 sahaja. Buat pencinta nasi lemak dan kuih-muih anda tak perlu risau. Kedua-duanya tetap ada dijual bersempena kempen Mornings @ Mesra ini. Cuma sekarang ini ada lebih banyak pilihan. Best kan?

Penambahan menu ini adalah atas respons positif yang diterima daripada orang ramai. Memang kempen Morning @ Mesra ini memudahkan golongan pekerja dan pelajar yang sibuk dan tak ada masa untuk berhenti menikmati sarapan. Jadi sebelum masuk ofis atau pergi kuliah, boleh singgah PETRONAS dan dapatkan sarapan dengan harga RM5 sahaja. Seperti yang kita semua sedia maklum, sarapan amat penting untuk memberi tenaga sepanjang hari. Jadi inisiatif dari PETRONAS ini memang wajar dipuji.

Selain memudahkan rakyat Malaysia bersarapan, Mornings @ Mesra ini turut sama membantu syarikat SME dan vendor tempatan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Senang cakap, semua pihak win-win situation. PETRONAS membantu kita, kita dapat makan sarapan, penjual dapat keuntungan. Semoga inisiatif Mornings @ Mesra ini akan diteruskan buat selama-lamanya dengan pelbagai menu baru ditambah lagi di masa hadapan.

Jadi selepas ini tiada lagi alasan untuk anda tidak bersarapan. Hanya perlu ke PETRONAS dan dapatkan sarapan pagi kegemaran anda pada harga RM5 sahaja. Barulah semangat lebih sikit nak buat kerja lepas makan pagi kan? Maklumat lanjut layari http://www.mymesra.com.my/[email protected]_Breakfast_Combo_for_only_RM5!.aspx


Comments are closed.

Loading...