Ini Yang Aku Nampak Bila Masuk Ke Dalam 5 Gua Ajaib Di Slovakia

Travel

Ini Yang Aku Nampak Bila Masuk Ke Dalam 5 Gua Ajaib Di Slovakia

Bila sebut nama Slovakia, pasti kita terbayang istananya, tempat-tempat bersejarah dan seni binanya yang popular. Namun, percayalah Slovakia lebih dari itu.

Advertisement

Dianggarkan sekurang-kurangnya ada 7000 gua di Slovakia. Entah-entah masa anda sedang baca artikel inipun ahli speleologi Slovakia sedang menemui sebuah lagi gua. Daripada 7000 gua yang ada, hanya 18 gua yang dibuka untuk orang ramai.

Dengar cerita gua-gua ini sangat terkenal di mata dunia..

1. 6000 tahun tulang kelawar

Gua Kelawar Mati (The Cave of Dead Bats) memang lain dari yang lain. Untuk meneroka gua ini, kita perlu mendaki laluan mencabar kawasan pergunungan Low Tatras.

Jika datang dengan tangan kosong, alamatnya memang merabalah kita dalam gua tu. Sebab memang betul-betul gelap dalam gua tu. Jadi, alatan spelelogogi memang wajib kita bawa bersama.

Bukan tu je, jangan lupa bawa keberanian bersama. Ganjarannya? Sebuah alam misteri yang telah dijaga oleh tulang-tulang kelawar purba.

Eh, kanak-kanak tak sesuai masuk ke gua ini ya. Dan perlu book sebelum ke gua kelawar ini.

2. Kembara Raksasa Di Dalam Gua (A Giant in the Adventure Cave)

Cukup dengan hanya berbekalkan lampu dan keberanian, anda akan dibawa menapak ke koridor sempit Gua Krasnohorskxá (“gunung cantik”).

Perjalanan ada yang menaik dan menurun. Namun tak perlu risau. Di sepanjang perjalanan itu ada tangga kecil dan tali sebagai alat bantuan. Bukan setakat perlu mendaki, anda juga terpaksa melalui papan kayu untuk merentasi kawasan berair sebelum menemui ‘gergasi’.

Gergasi apakah yang dimaksudkan di sini?

‘Gergasi’ itu sebenarnya adalah stalagmite terbesar di dunia. Ketinggiannya mencapai 34 meter dan seberat 2000 tan. Ianya terhasil dari titisan air dalam gua selama berates-ratus tahun lamanya. Dukacita dimaklumkan, gua ini tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun dan perlu booking dahulu sebelum dibenarkan masuk.

3. Sanatorium Bawah Tanah

Sehingga sekarang, inilah satu-satunya gua yang dibuka untuk orang ramai di dalam Taman Negara Tatras.

Terletak di tepi Belianske Tatras di aras yang agak tinggi, gua ini penuh dengan hiasan dan tasik bercahaya yang indah. Tapi bukan itu ciri yang mahu kami fokuskan. Dikhabarkan, gua ini mempunyai kuasa menyembuh. Tahyul atau benar, itu kami kurang pasti.

Namun, sekumpulan pengkaji mengatakan gua ini mengandungi kandungan aerosol tulen yang amat tinggi. Aerosol inilah yang didakwa mampu merawat pelbagai penyakit.

4. Kerajaan Ais dan Batu

Selepas pendakian yang mencabar untuk ke pintu gua, nikmatilah sajian pemandangan yang menakjubkan dari Lembah Demänovská dan rabung Low Tatras. Menariknya, lantai gua ais Demänovská ini terbentang luas dengan bermacam-macam hiasan yang cantik.

Namun, yang paling menarik di dalam gua ini adalah “freezer”. Ia adalah kawasan yang paling bawah dan dalam, di mana seluruh dinding terhias dengan ais putih.

Waktu paling sesuai untuk pergi sini adalah semasa musim bunga atau hujung musim luruh.

5. Penyaksian Sejarah Purba

Terletak hanya beberapa kilometer dari Košice adalah gua tertua yang terbuka kepada umum di Slovakia. Gua Jasov ini sangat menarik.

Di dalamnya penuh dengan hiasan kanopi dan tapak arkeologi. Ketinggian gua ni pun boleh tahan juga tingginya. Cukup mencabar untuk didaki!

Gua ini turut menjadi medan sejarah purba yang masih dikekalkan keasliannya hingga ke hari ini. Ia menjadi saksi ketamadunan zaman Hussites. Ukiran yang ditulis oleh John Jiskra pada 1452 masih kekal dan boleh dilihat oleh generasi sekarang.

Itulah antara gua yang unik di Slovakia. Dah pilih nak kemana dahulu ?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...