Bagaimana Cara Betul Menguruskan Kewangan Peribadi Agar Tidak ‘Tercekik’ Setiap Hujung Bulan

Trending

Bagaimana Cara Betul Menguruskan Kewangan Peribadi Agar Tidak ‘Tercekik’ Setiap Hujung Bulan

Berdasarkan ekonomi negara yang masih lagi tidak menentu, setiap individu perlulah tahu dan bijak menguruskan kewangan peribadi dengan betul.

Advertisement

Sebelum berbelanja mewah atau membeli sesuatu, pastikan jumlahnya dibawah kemampuan kita dan bukan melebihi kemampuan. Jika sebaliknya berlaku, tak mustahil unjuran kewangan peribadi diri sendiri akan terus merosot.

Oleh sebab itu, kami kongsikan perkongsian dari Tuan Norizan Bin Sharif bagaimana cara betul menguruskan kewangan peribadi agar tidak tercekik setiap bulan.

Jom baca..

Elakkan berhutang, terutama menggunakan kad kredit yang kenakan faedah tinggi. Jika guna kad kredit, pastikan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau tidak, itu tanda kita berbelanja di luar kemampuan. Ramai bankrap disebabkan terperangkap dengan kadar faedah tinggi.

Beli barang berdasarkan nilai, bukan harga. Banyak barang bernilai berharga murah. Kopi di gerai tepi jalan dan di premis lima bintang sama saja. Apa yang membezakan ialah suasana. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Usah kejar beli kereta dan handphone baru. Apabila habis bayar ansuran kereta, tak perlu tukar kereta baru. Saya gunakan kereta lama berusia sembilan tahun. Masih elok. Insuran pun murah.

Elakkan beli perabot, peti sejuk, tv atau handphone secara hutang. Kadar faedah pinjaman peribadi tinggi, sama seperti kad kredit. Amat tak berbaloi.

Usah gunakan wang simpanan KWSP untuk kenduri kahwin. Wang KWSP ialah untuk persaraan. Begitu juga usah buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Salah satu punca pasangan bercerai ialah tekanan kewangan disebabkan hutang.

Beli apabila ada duit. Usah belanja pendapatan yang belum diperolehi. Gunakan tunai atau kad debit. Ada duit beli, tak ada duit tunggu dulu.

Elak mulakan bisnes dengan berhutang. Sebahagian besar bisnes bungkus. Apabila berhutang, kena bayar. Buat pinjaman hanya untuk kembangkan bisnes, bukan memulakan bisnes.

Usah pergi haji atau umrah dengan hutang. Atau, melancong. Haji dan umrah wajib jika kita mampu. Kalau kita berhutang, itu tanda kita tak mampu. Tangguh dulu.

Rancang persaraan sebaik saja mula bekerja. Setiap orang ada keperluan kewangan yang berbeza. Pastikan kita ada cukup wang untuk bersara selama 20 tahun (240 bulan), apabila usia kita cecah 55 tahun.

Simpan 10-20% dari gaji bersih setiap bulan. Pastikan kita ada simpanan kecemasan bersamaan sekurang-kurang enam bulan keperluan.

Usah gila beli barangan online setiap bulan.

Cukuplah beberapa helai tudung, tak perlu beli tudung setiap kali dapat gaji. Begitu juga tak perlu beli bermacam-macam produk kecantikan setiap bulan. Kalau dah cantik, tak pakai make-up tebal pun nampak cantik. Simpan duit tu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...