Sebuah kereta popemobile yang pernah digunakan Pope Francis semasa lawatannya ke Holy Land pada 2014 kini diubah suai menjadi klinik kesihatan bergerak untuk kanak-kanak di Semenanjung Gaza, sebagai memenuhi salah satu hasrat terakhir beliau sebelum meninggal dunia bulan lalu, memetik Independent.co.uk
Menurut Vatican, inisiatif ini dipercayakan kepada organisasi bantuan Katolik, Caritas Jerusalem, beberapa bulan sebelum pemergian Pope Francis, dengan sokongan daripada Caritas Sweden.
Dilengkapi alat perubatan kecemasan, ujian jangkitan, vaksin, dan kit jahitan, klinik ini bertujuan memberikan rawatan kepada kanak-kanak di kawasan yang kini sangat memerlukan selepas sistem kesihatan Gaza lumpuh akibat serangan Israel.
Ini adalah intervensi yang konkrit dan menyelamatkan nyawa pada masa sistem kesihatan di Gaza hampir runtuh sepenuhnya.
Caritas merancang untuk menghantar unit ini ke kawasan tanpa akses kesihatan sebaik sahaja laluan bantuan kemanusiaan dibuka.
Ia bukan sekadar kenderaan. Ia adalah mesej bahawa dunia tidak melupakan kanak-kanak di Gaza.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.