Pasangan selebriti dan usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menghadiahkan dua unit kondominium kepada dua orang anaknya yang berusia tiga dan empat tahun iaitu Fahri dan Soffya sempena ulang tahun kelahiran mereka.
Wawa berkata keputusan untuk membelikan rumah yang terletak di Bangi, Selangor itu adalah sebagai aset untuk masa depan mereka.
Kali ini bagi anak-anak rumah, itu untuk masa depan mereka.
Seorang satu, jenis rumah pula adalah kondominium di kawasan Bangi, Selangor.
View this post on Instagram
Harga tak mahal mana, tak perlu ceritalah tentang itu.
Menurut Murai, Wawa turut berkata dia dan suaminya, Aeril menyediakan setiap orang anak kediaman mereka masing-masing dan menyimpan wang bagi kegunaan pembelajaran atau kecemasan yang tidak diduga.
Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kecemasan. Semua itu hasil perniagaan kami.
Usahawan itu juga menyatakan bahawa dia sendiri tidak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang dan sebab itula dia dan suami sudah mula menyimpan untuk anak-anaknya.