Hari ini, pelakon Hafidz Roshdi dan isteri Nurul Shuhada Mat Shukri telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes cerai yang difailkan isteri aktor itu.
Ditemui media beberapa hari yang lalu, Shuhada mengakui dia masih menyayangi suami dan bapa kepada kedua anak-anaknya itu.
Namun dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T jika perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua.
Ditanyakan sama ada Shuhada masih meletakkan harapan untuk jalan perdamaian dan keinginan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka, dia memilih untuk berserah kepada Allah.
Susah nak cakap.Shu betul-betul berserah dekat Allah bulat-bulat. Shu tak pernah lagi lah marah Hafidz, tengking, keluarkan kata-kata kesat cuma Shu suruh Hafidz lepaskan Shu baik-baiklah.
Ujarnya lagi, dia tidak mempunyai niat untuk menjadi ‘pemenang’, bermegah-megah atau mempertahankan ego namun memilih untuk bercerai kerana maruah diri dan juga kebaikan anak-anak.
“Tak ada isu nak menang ke nak megah-megah nak tunjuk siapa yang ego, tak ada. Ini hanya untuk maruah Shu dan anak-anak” ujarnya lagi.