Setelah sekian lama mendiamkan diri dan memilih untuk mengunci mulut dari memberi sebarang kenyataan, akhirnya suami Noor Nabila iaitu Engku Emran bersuara selepas menerima komen melampau daripada netizen.
Kata Engku, dirinya tidak pernah terpanggil untuk beri komen ataupun maklum balas mengenai khabar angin serta gosip yang disifatkan sebagai murahan dan sampah.
Dia berharap dengan status yang dilakukan itu, orang ramai tidak lagi membuat andaian yang menyakitkan hati atau hasilkan cerita seperti seseorang yang tiada agama.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, Engku Emran turut meminta netizen menjaga adab serta hormati Noor Nabila dan dirinya, lebih-lebih lagi mereka berdua masih mempunya ibu bapa.
Hormati ruang kecil kami walaupun ia tak sempurna. Kami sudah lalui tiga perkahwinan dan kami tahu apa yang kami mahukan untuk hidup. Malangnya, kami perlu teruskan ‘mencarinya’ di tempat lain.
Tambahannya lagi, dia mengakui perkahwinan merupakan satu hal yang sukar, namun reda dengan ujian yang dilalui ketika ini.
Sebelum ini, Noor Nabila memaklumkan bahawa dirinya serta suami, Engku Emran akan bercerai dalam masa terdekat.