Pelakon filem Ratu Kala Jengking, Nadia Brian meminta semua pihak untuk bertenang dan mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.
Dia yang ditemui media gara-gara satu entri yang dimuat naik suaminya, Muizz Nasruddin seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangga yang dibina tidak sampai setahun itu kini bergolak.
“Saya harap semua pihak dapat bertenang dan doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Mungkin dengan berkongsi di media sosial, dia dapat luahkan isi hatinya,”
Dalam pada itu, Nadia berkata bahawa dia menganggap apa yang terjadi ketika ini adalah sebuah ujian untuk dirinya sebagai seorang isteri.
Dia juga tidak menafikan bahawa sesebuah perkahwinan yang dibina mesti akan mengalami pasang surut serta naik turun dalam sesebuah perhubungan.
Nadia yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa program TV antaranya The Sherry Show dan Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom turut meminta orang ramai di luar sana supaya berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai rumah tangga mereka berdua.
“Tiada apa-apa yang memudaratkan dan saya harap, warganet di luar sana dapat berhenti membuat sebarang spekulasi. Kadang-kadang sebagai suami isteri mestilah akan ada perselisihan faham. Tapi, semua masalah ada penyelesaiannya,” – Nadia Brian