Pelakon versatil, Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila dia ada berkongsi momen ketika dia menikmati hidangan di sebuah restoran makanan cina yang terletak di Petaling Jaya.
Kata Azhar, dia sering berkunjung ke restoran itu apabila menghadapi hari yang tidak baik ataupun ‘moody blues’.
View this post on Instagram
Antara juadah yang sering menjadi pilihan adalah ikan bakar yang nampak begitu sedap dan menyelerakan.
Namun, perkongsian tersebut mengundang kritikan netizen yang mempersoalkan status halal makanan yang dimakan pelakon itu.
Di ruangan komen hantaran video tersebut, Azhar menjelaskan bahawa gerai ikan bakar yang dikunjunginya itu terletak di luar kawasan restoran bukan muslim tersebut.
Makanan saya adalah dari gerai kecil yang beroperasi di luar restoran itu. Dimiliki oleh pemilik yang lain. Hanya menjual ikan bakar sahaja. Minum teh o ais.
Azhar turut menyoal netizen di luar sana mengenai status warung itu dengan restoran-restoran yang terdapat di pusat membeli belah yang turut menyediakan alkohol untuk pelanggan.