Penyanyi cantik, Daiyan Trisha meluahkan rasa kekecewaan selepas niatnya untuk bermesra dengan peminat telah disalah anggap oleh sesetengah netizen.
Dia yang sebelum ini berinteraksi dengan peminat di ruangan twitter, telah meminta pengikutnya untuk menjadi ‘kreatif’ dengan menyunting gambar yang dikatakan bakal menjadi poster single terbaru Daiyan Trisha nanti.
can y’all turn this into an ala-ala parasite poster but with on my way as the title pic.twitter.com/vXoj4igm4d
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) July 5, 2020
Namun, usaha Daiyan Trisha untuk berkomunikasi dengan peminat itu telah menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pihak yang menganggap dia seperti tidak menghormati kerjaya seorang pereka grafik.
Mungkin pengikut Daiyan itu tersilap faham dengan menganggap penyanyi itu ingin membuat poster single terbarunya itu secara percuma, hasil bantuan netizen.
Namun, Daiyan telah tampil memberi penjelasan, diselangi dengan nada kecewa apabila telah dituduh sebagai mengambil kesempatan terhadap pereka grafik di luar sana.
Daiyan turut memuat naik gambar poster terbaru lagunya yang sudah lama disunting.
Menelusuri ruangan komen, terdapat pelbagai respon daripada netizen berhubung dengan isu ini.
Daiyan Trisha dijangka akan melancarkan single terbaru bertajuk On My Way dalam masa terdekat.