Ini Tips Elak Habuk Mudah Melekat Pada Kipas

Kehidupan

Ini Tips Elak Habuk Mudah Melekat Pada Kipas

Kewujudan habuk pada bilah kipas pastinya menyakitkan pandangan mata. Tambahan pula jika ada anggota keluarga yang mudah terkena penyakit dan alahan, terutamanya anak kecil. Ia pasti akan mendatangkan ketidakselesaan dan perlu kerap dibersihkan.

Kipas angin amat mudah memerangkap habuk. Namun, untuk dibersihkan selalu ianya adalah proses yang leceh. Yalah, nak buka satu-satu memang mengambil masa.

Advertisement

Tidak sampai seminggu dibersihkan dah berabuk semula

dust on fan

Kami kongsikan tips untuk mengelakkan kipas anda dari mudah melekat habuk. 2 bahan yang digunakan untuk tips ini murah dan sangat mudah didapati iaitu:

  • pelembut fabrik (softener)
  • cuka makan

pelembut pakaian dan cuka

Cara-cara

1. Bersihkan kipas terlebih dahulu

Mula-mula bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa dengan menggunakan air dan sabun.

2. Masukkan campuran pelembut pakaian dan air ke dalam botol semburan

Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam satu bekas. Nisbah campuran adalah 1:1:1, bermaksud semuanya sama banyak. Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol semburan supaya lebih senang untuk digunakan.

botol semburan3. Sembur campuran pada kipas

Sembur rata campuran tadi pada keseluruhan bilah dan jaring kipas. Pastikan semburan kena pada semua permukaan.

semburan pada kipas

4. Biarkan sebentar dan lap semula

Biarkan semburan selama 5 minit. Kemudian lap semula bilah dan jaring kipas dengan menggunakan kain lembap.

5. Keringkan

Akhir sekali, biarkan ia kering. Kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.

Jangan lupa ulangi semula langkah ini setiap 2 atau 3 bulan sekali.

kipas bersih

Sangat mudah dan berkesan

Bolehlah cuba di rumah nanti, terutamanya ketika sedang #StayAtHome dan menjelang musim perayaan ini.

Sumber : Facebook Alosnida Musa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...