Ini Tips Elak Soket Dari “Overheating” Atau Mudah Terbakar

Trending

Ini Tips Elak Soket Dari “Overheating” Atau Mudah Terbakar

Bila mana tidak mempunyai cukup plug, tatkala ramai ahli keluarga yang pulang ke rumah, dan perlu mengecas telefon, atau menggunakan komputer riba, kita akan menggunakan soket ‘extension’ untuk memastikan semua orang dapat menggunakan barang mereka.

Advertisement

Namun, tahukah anda, setiap soket ‘extension’ mempunyai limit kuasa yang tersendiri, dan jika tersalah guna, akan berlaku litar pintas, dan menyebabkan kebakaran.

Kisah teladan dryer baju saya

Al kisah begini ceritanya…

Saya sedang basuh tangan dekat sinki dapur, tiba-tiba bau hangit semacam je..dengan menggunakan deria bau saya ini, saya cuba mengesan apakah misteri di sebalik bau ini? Macam scanner gitu..haha

Akhirnya jumpa, soket dan plug dryer baju di rumah yang sudah terbakar. Plug tu dah melekat dekat soket dan amat susah untuk di keluarkan..

Oh ye sebelum terlupa, sebenarnya ianya adalah soket extension, bukan soket yang di dinding tu. Sebab soket di dinding sudah rosak kedua-duanya sebelum kejadian ini. Sebab tu saya gunakan extension. hehe

1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan dryer baju.

– Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi

2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan dryer dan mesin basuh secara serentak.

– Jika anda menggunakan dryer dan mesin basuh secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.

3. Saya sarankan gunakan single socket untuk dryer sahaja.

– Jika anda masih menggunakan double socket jugak, pastikan anda hanya gunakan satu sahaja pada satu masa. Elakkan penggunaan mesin basuh dan dryer secara serentak.

4. Sistem pendaiwaian di rumah

– Saya sarankan untuk lebih selamat, semasa mula-mula anda membuat pedawaian dirumah, pastikan soket untuk kegunaan dryer menggunakan saiz wayar yang lebih besar/tebal.

– Sepertimana pendawaian air cond di rumah. Ianya lebih selamat walaupun secara teknikal ianya agak membazir.

Sekarang saya sudah tukar soket baru dan hanya menggunakan satu sahaja pada satu-satu masa. Bergilir-gilir antara mesin basuh dan dryer baju.

Soket sebelah lagi saya tak tukar pun, biar jela kat situ..Nak buat pendawaian baru untuk dryer sahaja, ongkosnya tiada..hahaha

Sekian, semoga ambil iktibar.


Double Socket : saya guna sebelah untuk mesin basuh dan sebelah untuk dryer

Kredit : Abe Jaq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...