“Ini Tanggungjawab Kita” – Pulang Dari Sabah, Hans Isaac Jalani Ujian Saringan COVID-19

Hiburan

“Ini Tanggungjawab Kita” – Pulang Dari Sabah, Hans Isaac Jalani Ujian Saringan COVID-19

Bertindak menjalani ujian saringan COVID-19 selepas pulang daripada menghadiri sebuah majlis di Kota Kinabalu, Sabah, pelakon dan pengarah tersohor tanah air Datuk Hans Isaac tampil berkongsi perkara itu kepada umum.

“Ini Tanggungjawab Kita” - Pulang Dari Sabah, Hans Isaac Jalani Ujian Saringan COVID-19

Advertisement

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Hans tampil mengemukakan ujian saringan tersebut beserta hasil keputusannya untuk tatapan di laman berkenaan.

“Ini adalah tanggungjawab kita. Angka semakin meningkat dari sehari ke sehari. Berusahalah, be safe Malaysia.”

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Hans dilihat terbatuk sambil ketawa menahan keperitan selepas sampel diambil.

“Ini Tanggungjawab Kita” - Pulang Dari Sabah, Hans Isaac Jalani Ujian Saringan COVID-19

Ujian saringan tersebut juga jelas tertera ayat ‘not detected’ yang membawa maksud tiada gen SARS-2 Coronavirus yang didapati daripada hasil sampel yang diperiksa.

Seperti sudah dijangka, meninjau ke ruangan komen rata-rata pengikutnya turut berkongsi pengalaman menjalani saringan tersebut. Malah tidak ketinggalan ada juga yang turut meluahkan rasa sakit  setelah menonton video yang dipamerkan Hans tersebut.

“Ini Tanggungjawab Kita” - Pulang Dari Sabah, Hans Isaac Jalani Ujian Saringan COVID-19

Tidak kurang juga, ramai yang tampil mendoakan agar Hans sentiasa berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tampil membuat kenyataan bahawa kerajaan kini mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...