Penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, baru-baru ini menerima gelaran Datuk apabila dia menjadi antara 163 orang penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-73 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Menurut sumber, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi A Rahman, 64, merupakan satu-satunya artis yang disenaraikan dalam penerima pingat tersebut.
Dalam pada itu, pelantun lagu Isabella ini sempat meluahkan setinggi penghargaan atas kurniaan yang diterima setelah 42 tahun bergelar anak seni.
Tambah Amy lagi, anugerah yang diterima itu merupakan sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan untuk karyawan hiburan.
Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita.”
Sekadar informasi, Amy telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita kelahiran Melaka, Norhasliza Hassan dan mempunyai lima orang anak termasuk aktres, Nabila Huda.
Kumpulan Search juga pernah menerima banyak pengiktirafan dalam industri muzik pada sekitar tahun 80-an.
Selain itu, kami juga kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: