“Ini Syurga Aku..” Ozlynn Miliki ‘Bilik Rahsia’ Di Rumah, Guna Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Hiburan

“Ini Syurga Aku..” Ozlynn Miliki ‘Bilik Rahsia’ Di Rumah, Guna Untuk Bantu Golongan Memerlukan

Pelakon Ozlynn menerusi sebuah hantaran di Instagram telah berjaya menarik perhatian peminat setelah berkongsi sebuah ‘bilik rahsia’ yang berada dalam rumahnya.

Ujar Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan ini lagi, bilik rahsia tersebut menyimpan pelbagai jenis stok makanan dan juga barangan dapur.

Advertisement

Tambahnya lagi, ruangan tersebut juga digunakan untuk berkongsi rezeki buat tetamu yang memerlukan barang bantuan bagi melangsungkan kehidupan.

Menulis panjang lebar di Instagram, Ozlynn memaklumkan bahawa  dalam bilik tersebut mengandungi pelbagai jenis barang seperti beras, susu, biskut, tisu tandas, kuih muih dan pelbagai lagi untuk kegunaan seharian.

Ozlynn dalam pada itu menganggap ruangan bilik rahsia itu sebagai ‘syurga’ buat dirinya dan turut mendoakan  kaum hawa yang menyimpan hasrat untuk memiliki bilik seperti itu agar dikurniakan rezeki lebih supaya dapat merealisasikan impian mereka itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil memuji sikap prihatin dan pemurah aktres itu yang suka berkongsi rezeki kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Sekadar info tambahan, Ozlynn telah mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Johan dan Ozlynn
3 years ago

"Kening Lawa!" Ozlynn Wati Kongsi Wajah Latifah Cherdiq Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...