Ini Soal Hati, Saya Tak Boleh Terima Dia Hanya Sebab Rasa Kasihan – Bella Astillah

Hiburan

Ini Soal Hati, Saya Tak Boleh Terima Dia Hanya Sebab Rasa Kasihan – Bella Astillah

Sah bercerai talak satu dengan Bella Astillah pada 16 Mei lalu, penyanyi Aliff Aziz beberapa kali mengakui dia masih berharap dapat merujuk kembali bersama dengan bekas isterinya itu. Aliff akui dia tidak mampu ‘hidup’ tanpa wanita itu yang sudah banyak berkorban, bersama dengannya saat senang dan susah.

Advertisement

Meskipun sudah tidak bergelar suami isteri lagi, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Ayden Adrean. Bagaimanapun, bila berbicara soal rujuk, Bella berkata dia tidak mempunyai sebarang jawapan kerana perceraian mereka masih lagi baharu.

Buat masa sekarang sukar untuk saya buat keputusan mahu kembali bersama kerana perceraian kami masih baru. Jika saya katakan tidak, takut nanti perkara itu akan terjadi.

Saya selalu berhubung dengan Aliff kerana dia bapa kepada anak kami. Namun tidak pernah berbincang soal kembali bersama. Jika dia bertanya sekalipun, saya tidak berikan jawapan.

Melibatkan soal hati dan perasaan, Bella tidak boleh menerima Aliff hanya disebabkan rasa simpati dan kasihan.

Saya tidak boleh terima dia kembali hanya disebabkan rasa kasihan. Ini soal hati dan perasaan.Saya serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri tidak tahu jika satu hari nanti Tuhan bukakan kembali hati saya untuk kembali bersama Aliff.

Teringat pula kata-kata dimana ada kalanya kita harus lepaskan orang kita sayang untuk terbang bebas mencari kebahagiaan atau apa sahaja yang mereka mahu. Jika memang sudah tertulis dia jodoh kita, pasti satu hari nanti dia akan kembali.

Sumber Berita : MHE TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...