Nilai keseluruhan rampasan daripada 75 beg daripada enam lokasi serbuan yang dikaitkan dengan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB) berjumlah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, polis membuat siasatan lebih sebulan bermula 21 Mei hingga 25 Jun lalu.
6 Premis Diserbu
Enam premis yang diserbu adalah Pejabat Perdana Menteri, Sri Perdana, tiga buah kediaman mewah di Pavilion Residence, Bukit Bintang, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta.
Dalam 75 beg itu mengandungi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam tangan, cermin mata dan beg tangan pelbagai jenama.
Keseluruhan Rampasan Bernilai RM900 JUTA
Wujud lapan pasukan khas terdiri daripada pakar, pegawai dan anggota berjumlah 150 orang bertujuan untuk mengesah ketulenan dan penilaian harga barangan rampasan. Jumlah keseluruhan rampasa bernilai RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Wang tunai
Jumlah wang tunai dirampas daripada 35 beg berjumlah RM116.7 juta daripada 26 mata wang. Mengambil masa tiga hari untuk dikira dengan bantuan 22 pegawai Bank Negara Malaysia. Kiraan menggunakan enam mesin pengiraan wang.
Barang kemas
Barang kemas dalam 25 daripada 75 beg mengandungi 12 item iaitu cincin, berlian, gelang, subang. Polis mengambil masa selama 16 hari dan pakar yang terlibat hanya mampu memberi harga kos dan batu permata sahaja.
Keseluruhan kos pembuatan barang kemas itu berjumlah RM440 juta. Harga pasaran barangan kemas itu adalah 50 hingga 100 peratus daripada harga kos pembuatan iaitu sekitar RM660 juta hingga RM880 juta.
Barang kemas yang dirampas ialah rantai, sebanyak 1400 utas, cincin (2200), gelang (2100), subang (2800 pasang), kerongsang (1600), tiara (14). Ada seutas rantai emas berharga RM6.4 juta (kos pembuatan).
Beg Tangan
560 buah beg tangan yang dirampas. Nilai keseluruhan berharga RM51.3 juta. Terdapat 37 jenama antaranya Hermes, Channel dan Bijan yang merupakan beg tangan custom made serta paling mahal. Terdapat beg tangan bernilai RM1.6 juta.
Jam Tangan
423 utas jam tangan dirampas. Lebih 100 jenama antaranya Rolex, Chopard, Richard Mille. Ia mengambil masa tiga hari untuk dikira. Anggaran nilai keseluruhan bernilai RM78 juta.
Cermin Mata
234 cermin mata dalam tiga beg yang dirampas. Nilai keseluruhan RM374,000. Sebanyak 34 jenama antaranya Versace dan Gucci.
Sumber : Sinar