Ini Senarai 15 Negara Yang Masih Mencatatkan Sifar Kes Jangkitan COVID-19

COVID-19

Ini Senarai 15 Negara Yang Masih Mencatatkan Sifar Kes Jangkitan COVID-19

Peningkatan kes jangkitan COVID-19 di beberapa negara terlibat sehingga kini masih menunjukkan angka kenaikkan. Kini, beberapa negara yang sebelum ini sifar kes COVID-19 telah mula dilaporkan menerima kes pertama mereka setiap hari. John Hopkins University telah mengumpulkan data terkini tentang COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia. Sebanyak 1.7 juta orang telah dijangkiti wabak ini dengan kematian lebih 109,823 orang mangsa.

Amerika Syarikat telah muncul sebagai negara yang merekodkan kes jangkitan tertinggi di dunia dengan 530,006 kes positif. Kemudian, diikuti negara Sepanyol, Itali, Perancis dan Jerman. Itali pula muncul negara yang mempunyai kes kematian akibat COVID-19 yang tertinggi iaitu 19,468 mangsa diikuti oleh Amerika Syarikat.

Advertisement

petugas perubatan

Angka-angka ini memberi gambaran awal tentang hampir kesemua negara di dunia telah diserang wabak COVID-19. Menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), daripada 193 buah negara yang menganggotainya, 15 negara masih belum melaporkan sebarang jangkitan COVID-19.

Ini merupakan senarai negara yang belum terjejas kerana wabak COVID-19:

  • Komoro
  • Lesotho
  • Korea Utara
  • Tajikistan
  • Turmennistan
Komoro

Komoro

  • Kiribati
  • Kepulauan Marshall
  • Mikronesia
  • Nauru
  • Palau
Lesotho

Lesotho

  • Samoa
  • Kepulauan Solomon
  • Tonga
  • Tuvalu
  • Vanuatu
penduduk Sudan Selatan

Sudan Selatan

Jumlah sebenar negara yang bebas daripada COVID-19 sebelum ini ialah 18 buah negara. Namun, tiga negara terakhir yang disenaraikan telah pun mempunyai kes jangkitan pertama baru-baru ini. Sudan Selatan menjadi negara ke-51 yang diserang wabak ini. Yaman pula mendapat kes jangkitan pertama pada Jumaat lepas di wilayah Hadramaut.

Berdasarkan data yang diperolehi, negara yang masih bebas daripada wabak COVID-19 adalah kebanyakannya negara yang berada di kawasan kepulauan dan tidak mempunyai bilangan penduduk yang padat.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...