“Ini Semua Tak Benar” – Yana Samsudin Bagi Amaran, Gambar Kena Edit Untuk Jual Produk Kurus

Hiburan

“Ini Semua Tak Benar” –  Yana Samsudin Bagi Amaran, Gambar Kena Edit Untuk Jual Produk Kurus

Pelakon Yana Samsudin meminta pihak tidak bertanggungjawab supaya memadam gambarnya yang disunting untuk mempromosi produk.

Difahamkan, ada pihak telah menyamar dan membuat akaun palsu untuk menjual produk menguruskan badan.

Advertisement

Tambah Yana lagi, dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan produk itu sehingga fotonya yang di edit tular di Facebook.

Ada pihak yang telah menyamar menjadi saya membuat fake account di Facebook seolah-olah itu saya yang sebenar, menipu pelanggan terutama peminat saya untuk menjual barang iaitu produk yang didakwa boleh menguruskan badan.”

Ini semua tidak benar, tak betul dan saya tak pernah pegang produk ini. Saya tak pernah tengok dan tak pernah makan.”

Dalam pada itu, Yana meluahkan rasa risau jika produk tersebut tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Produk itu pun kita tak tahu halal dia, tak ada KKM, entah-entah ada produk racun berjadual. Ada oink oink, kita tak tahulah,”

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman hampir membeli produk berkenaan kerana terpedaya dengan gambar-gambar yang ditunjukkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Sentiasa Berwaspada" - Gambar Dan Video Siti Nurhaliza Lagi Sekali Jadi Bahan 'Scammer' Lariskan Produk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...