Pelakon Yana Samsudin meminta pihak tidak bertanggungjawab supaya memadam gambarnya yang disunting untuk mempromosi produk.
Difahamkan, ada pihak telah menyamar dan membuat akaun palsu untuk menjual produk menguruskan badan.
Tambah Yana lagi, dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan produk itu sehingga fotonya yang di edit tular di Facebook.
Ada pihak yang telah menyamar menjadi saya membuat fake account di Facebook seolah-olah itu saya yang sebenar, menipu pelanggan terutama peminat saya untuk menjual barang iaitu produk yang didakwa boleh menguruskan badan.”
Ini semua tidak benar, tak betul dan saya tak pernah pegang produk ini. Saya tak pernah tengok dan tak pernah makan.”
Dalam pada itu, Yana meluahkan rasa risau jika produk tersebut tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Produk itu pun kita tak tahu halal dia, tak ada KKM, entah-entah ada produk racun berjadual. Ada oink oink, kita tak tahulah,”
Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman hampir membeli produk berkenaan kerana terpedaya dengan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: