Pelakon Yusuf Bahrin tampil memberi respons tegas terhadap tuduhan seorang netizen yang mengaitkan punca keretakan rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana dengan kehadiran orang ketiga.
Isu tersebut tercetus selepas seorang pengguna Threads mendakwa pelakon Alya Iman menjadi punca perceraian pasangan berkenaan sebelum hantaran itu dipadam.

“Ini semua punca Alya Iman,” tulis netizen.
Tidak berdiam diri, Yusuf membalas kenyataan tersebut dengan nada keras serta memberi amaran supaya komen berkenaan dipadamkan segera.
“Aku dah ada details kau. Kalau kau tak delete posting bodoh kau ni aku akan ambik tindakan undang-undang dan saman,” balasnya.
Tindakan tegas Yusuf itu dilihat sebagai usaha mempertahankan dirinya selain menepis dakwaan tidak berasas yang boleh menjejaskan reputasi pihak lain.
Bagaimanapun, situasi menjadi lebih hangat apabila seorang individu lain tampil membuat dakwaan pernah bekerja sebagai pembantu peribadi (PA) kepada Yusuf namun tidak menerima bayaran gaji.

“Ingat saya lagi bang, saya pernah jadi PA abg beberapa tahun yang lalu.. masih ingat gaji saya?😁 biasala bang yusuf, hidup ni kadang di atas, kadang dibawah..😁👍🏻,” tulis individu tersebut.
Hantaran itu kemudiannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan terus menjadi perhatian di media sosial.
Setakat ini, pelakon itu tidak meninggalkan sebarang respon atau penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
