May 21st, 2018

Gelombang kemarahan netizen yang penuh dengan cacian,kritikan dan tomahan terhadap Izreen Azminda yang dikaitkan sebagai punca pergolakkan rumah tangga suaminya, Ude Wahid bersama Intan Liana adalah ujian terbesar dan terberat buat selebriti itu sepanjang 12 tahun terlibat dalam bidang hiburan.

Buat Izreen, apa yang terjadi sebenarnya adalah balasan buat dirinya dan tidak mustahil ia juga kifarah bagi pihak suami dan Intan Liana yang mungkin pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka sebelum ini.

Mungkin ini semua kifarah hidup. Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia. Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata. Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus redha.

Mengakui rezekinya terjejas kerana kontroversi tersebut, Izreen bagaimanapun diberikan kebahagiaan lain dan dianugerahkan dengan suami. Begitu juga dengan Intan, walaupun tidak lagi bersuami beliau kini semakin popular dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.

bekas isteri Ude, Intan Liana bersama dua orang anak mereka

Begitu juga pihak di sana. Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing. Allah Maha Adil.

Meskipun beberapa bulan hidup dalam kecaman dan dipandang serong oleh masyrakat, Izreen tetap bahagia disamping suami tercinta. Beliau hanya ingin menjadi seorang isteri yang baik dan mahukan rumah tangga yang harmoni.

Sumber Berita : BH ONLINE


94 responses to “Ini Semua Kifarah Hidup, Kami Sudah Terima Bahagian Masing-Masing – Izreen Azminda”

  1. qwe says:

    busuk betul hati ko..dlm setiap tutur kata ko masih lagi nak memburukkan n menfitnah “pihak sana” secara halus….tp tidak berhasil niat jahat ko tu, sbb rata2 netizen skrg lbh bijak menilai statement2 ko…

    yg dpt KIFARAH tu kau n laki ko!

    Intan n anak now dpt nikmat rezeki melimpah ruah sbb diorg mangsa khianat n penganiayaan bekas suami n bapak pd anak2 n isteri xberdosa.

    muhasabah la diri jering oiii…Tuhan dh janji setiap balasan atas setiap perbuatan..buat baik dibalas baik, buat jahat balasan adalah sebalik nya…
    jgn mudah guna kn ayat agama semata ni lindungi kejahatan diri sendiri.

    KUN FAYA KUN (ko n laki ko sepatutnya fahami ayat ni betul2, jgn nak alar kadar je)…maka terjadila apa yg ko alami skrg…jiwa yg sentiasa x tenang..kehidupan yg sentiasa disulitkan…

    pmpuan jahat mcm ko ni mmg xkan akan puas hati selagi intan masih bernafas…seboleh nya ko nak die terus rebah, tersungkur n x mampu utk berdiri.

    jgn sesekali ko sebut lagi perhal “pihak sana”…ko yg xboleh MOVE ON..takut dgn bayang2 sendiri.

    kami kaum perempuan akan sentiasa doakan intan n anak2 dipelihara n dilindugi dr segala kejahatan.

  2. Opah cun says:

    Izreen ni mmg jenis yg cakap mulut lepas je.mulut jahat..dr dulu lg dh perasan mulut dia klu bercakap..ya rabbi..mmg mcm style bawang2 gitu.so x mustahil lah klu dlm ape2 hal pn dia bermulut mcmtu.org dh mulut jahat..bila masa dia nk ckp yg baik2?melainkan lidah kene kerat je br diam.

    Woi! Ape pnye statement la!diorg bercerai berai,ude berubah hati sbb ko la!masih denial kn?how dare u?kenapa x sabitkn puncanya sbb ko?

    Ce try klu laki ko plak pompuan lain goda2?ape ko rase?mau satu malaysia ko melalakkn izreen?kompen ko ganyang betina tu cukup! Cakap mcm x rampas laki org.klu kt china ni dh kne bogel depan public.nasib la intan tu baik lembut!

    Ape2 pn tahniah la atas perkahwinan ko.sila lah tambah zuriat bnyk2 dan post dlm ig.yelah..pihak sana kn janda x de laki.msti lg bahagia kn lps ni?sbb org tua2 kata klu perkahwinan yg selalu diuji akan menguatkn lg ikatan dan rs syg pd pasangan.tak gitu?

  3. Anti says:

    Sebelah mata pn aku dh xblh pandang muka ko jeringgggg.. Meluat tahap meluap.. Ko pulak suka la berselfie tonyoh muka kt screen henpon sambil senyum konon2 jelita,ko tau x muka ko mcm mayat hidup?sorry ter emo pulak

  4. Anonymous says:

    Lenkali,jgn buat naya kat org lain,kan dah dapat balasannya.

  5. Anonymous says:

    Kahkahkah…padan muka…boikoi ….jgn x boikot

Loading...