Gelombang kemarahan netizen yang penuh dengan cacian,kritikan dan tomahan terhadap Izreen Azminda yang dikaitkan sebagai punca pergolakkan rumah tangga suaminya, Ude Wahid bersama Intan Liana adalah ujian terbesar dan terberat buat selebriti itu sepanjang 12 tahun terlibat dalam bidang hiburan.
Buat Izreen, apa yang terjadi sebenarnya adalah balasan buat dirinya dan tidak mustahil ia juga kifarah bagi pihak suami dan Intan Liana yang mungkin pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka sebelum ini.
Mungkin ini semua kifarah hidup. Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia. Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.
Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata. Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus redha.
Mengakui rezekinya terjejas kerana kontroversi tersebut, Izreen bagaimanapun diberikan kebahagiaan lain dan dianugerahkan dengan suami. Begitu juga dengan Intan, walaupun tidak lagi bersuami beliau kini semakin popular dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.
Begitu juga pihak di sana. Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing. Allah Maha Adil.
Meskipun beberapa bulan hidup dalam kecaman dan dipandang serong oleh masyrakat, Izreen tetap bahagia disamping suami tercinta. Beliau hanya ingin menjadi seorang isteri yang baik dan mahukan rumah tangga yang harmoni.