“Ini Semua Fitnah Dajjal” – Ibu Aliff Aziz Berang Dituduh Nak ‘Rampas’ Seorang Daripada Cucu

Hiburan

“Ini Semua Fitnah Dajjal” – Ibu Aliff Aziz Berang Dituduh Nak ‘Rampas’ Seorang Daripada Cucu

Ibu kepada pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Azi, Siti Hafiza tampil meluahkan rasa berang apabila wujud individu yang sekali lagi menabur fitnah terhadap dirinya.

Menerusi satu hantaran Instagram Story, Hafiza berkata ada individu menuduhnya cuba untuk merampas salah seorang cucu daripada menantunya, Bella Astillah.

Advertisement

Ibu Aliff Aziz fitnah dajjal

Untuk orang yang kongsi fitnah dajjal menentang saya, padam perkongsian ini atau kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Tolong lapor akaun TikTok dia.

Menerusi satu hantaran berasingan, Hafiza berkongsi akaun TikTok tersebut untuk pengecaman warga maya.

Ibu aliff aziz

Inilah orangnya ya. Siapa yang dapat contact dia, tolong beritahu dia, kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap dia.

Jika dia ingin berbicara dengan saya silakan kerana saya ingin tahu dari mana dia mendapat info fitnah ini.

Terdahulu, Bella Astillah memaklumkan dia tidak berniat memutuskan silaturahim antara anak-anak dengan keluarga bekas suami keran tidak membenarkan mereka berhubung.

Ujar Bella, sekarang waktu tidak sesuai untuk berbuat demikian dan mendakwa pihak keluarga Aliff juga sedia maklum penyebab keputusan itu dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu aliff aziz kongsi hukum pisahkan anak anak
4 months ago

"Usah Guna Anak-Anak Sebagai Senjata Puaskan Nafsu Sendiri" - Ibu Aliff Aziz Kongsi Ceramah Hukum Memutuskan Silaturahim Selepas Cerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...