Ini Sebab Sidang Kemuncak ASEAN Diadakan Di Kuala Lumpur, Bukan Putrajaya Menurut Tok Mat

Hiburan

Ini Sebab Sidang Kemuncak ASEAN Diadakan Di Kuala Lumpur, Bukan Putrajaya Menurut Tok Mat

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini akan sekali lagi menempatkan Malaysia sebagai tuan rumah, dengan ibu kota Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi utama persidangan.

Namun, penutupan beberapa jalan utama serta kawalan ketat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar kawasan acara menyebabkan kesulitan kepada warga kota, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa acara berprestij itu tidak diadakan di Putrajaya.

Advertisement

Menjawab persoalan tersebut, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menjelaskan bahawa keputusan memilih Kuala Lumpur dibuat atas faktor kemudahan penginapan yang lebih mencukupi untuk para delegasi dan ketua negara ASEAN.

Banyak orang tanya kenapa tak buat di Putrajaya, kenapa buat di Kuala Lumpur?

Putrajaya itu kemudahan kediaman tidak mencukupi. Sebab ketua-ketua negara ini dia nak duduk di hotel.

Bilangan jumlah hotel cukup di kawasan sekitar KLCC. Jadi mudah untuk kita mengadakan persidangan di KLCC kerana tempat kediaman kepada tetamu negara yang banyak di kawasan tersebut. InshaAllah,” jelas Tok Mat dalam satu temu bual yang dikongsi di TikTok @mknselangor.

Sidang Kemuncak ASEAN kali ini dijangka menghimpunkan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota ASEAN, selain beberapa rakan dialog strategik antarabangsa, bagi membincangkan isu serantau, keselamatan, ekonomi dan kerjasama strategik di bawah tema “Advancing Together for a Resilient ASEAN.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

menantu muhyiddin
2025-10-23 09:49:37

Menantu Muhyiddin, Adlan Berhan Didakwa Hidup Mewah di Asia Barat — SPRM Sahkan Masih Diburu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...