Ini Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Tidak Patut Pandang Rendah Buruh Binaan Warga Bangladesh

Trending

Ini Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Tidak Patut Pandang Rendah Buruh Binaan Warga Bangladesh

Seorang doktor yang bertapak di Johor Bharu baru-baru ini telah merawat seorang pesakit yang unik-iaitu seorang warga Bangladesh yang telah membuat diagnosis sakitnya sendiri dengan tepat, serta dengan betul menyatakan jenis ubat yang patut diambilnya.

banglapharmacistDalam satu status Facebook yang dikongsinya, Dr. Goh Aik Ping dalam bahasa Mandarin menceritakan tentang pesakit itu yang datang memakai but kuning seperti yang dipakai oleh watak sitkom Phua Chu Kang, dan agak selekeh, tetapi telah mengagumkan Dr. Goh dengan kefasihannya tentang istilah perubatan dan diagnosis yang tepat mengenai sakitnya sendiri.

Advertisement



Kata Dr. Goh, pesakit itu mengadu tentang masalah cirit-birit, dan mengesyaki dia mengalami masalah disentri atau dysentery, satu istilah perubatan yang merujuk pada jangkitan usus. Terkejut, Dr Goh bertanya bagaimana pekerja Bangladesh itu tahu tentang istilah tersebut, tetapi dia tidak memberi jawapan yang pasti.

Setelah membuat pemeriksaan, Dr. Goh memberitahu apa yang dialami oleh pesakit itu ialah disebabkan masalah inflamasi dalam perut. Sebelum sempat membuat penerangan lanjut, pesakit warga Bangladesh itu bertanya jika Dr. Goh mempunyai ubat seperti Ciprofloxacin, Metronidazole and Azithromycin dalam simpanan- kesemuanya ialah dari jenis antibiotik yang hanya seorang doktor patut tahu.

Apa yang lebih mengejutkan, pesakit itu juga dapat menyebut semua nama antibiotik itu dengan tepat!

Kerana tidak dapat menghilangkan rasa ingin tahu mengenai pesakit itu, Dr. Goh telah bertanya, bagaimana pesakit itu yang hanya seorang buruh binaan, mempunyai pengetahuan mendalam mengenai ubatan.

Pesakit itu mendedahkan yang dia sebenarnya seorang ahli farmasi di negaranya, malah mempunyai farmasi sendiri di sana. Dia mempunyai Ijazah Ubatan, dan Ijazah Pembedahan, malah abangnya seorang doktor.

Pesakit itu memberitahu bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia jauh lebih baik dari menjadi ahli farmasi di Bangladesh.

Bagaimanapun, pesakit itu meninggalkan negaranya untuk melarikan diri dari masalah politik yang tidak stabil, dan hanya akan pulang jika keadaan menjadi lebih baik di sana.

Kagum kerana pesakit itu sebenarnya ahli farmasi berkelayakan, Dr. Goh merasa sedih kerana individu berkelayakan tinggi seperti itu terpaksa meninggalkan negara sendiri dan bekerja di Malaysia sebagai buruh binaan.

Warga Bangladesh itu menambah walaupun bekerja berjam-jam lamanya di bawah terik mentari, pulangannya lebih baik dari hidup di Bangladesh pada masa sekarang.

Dr. Goh juga menambah bahawa Malaysia juga sedang mengalami pergolakan politik tersendiri. Dia bimbang satu hari nanti, di masa depan kita semua juga terpaksa meninggalkan kerjaya sendiri, pergi ke negara ‘maju’ lain dan bekerja sebagai buruh, namun masih dapat hidup lebih senang di sana berbanding di negara sendiri.

“Sanggup tak kita?”

Tanya Dr. Goh mengakhiri tulisannya.

Sumber: Dr. Goh Aik Ping, The Coverage – diterjemah, disunting untuk diterbitkan di amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...