Ini Sebab Kenapa Majikan Boleh Dikenakan Tindakan Jika Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung

Trending

Ini Sebab Kenapa Majikan Boleh Dikenakan Tindakan Jika Paksa Pekerja Wanita Tanggalkan Tudung

Wanita bertudung dan bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan atau ‘front desk’ yang dilarang memakai tudung oleh majikan boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya dipaksa menanggalkan tudung mereka.

Advertisement

Memetik kenyatsan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) Azril Mohd Amin berkata, majikan yang gagal mematuhi syarat berkenaan terhadap wanita Islam yang dinafikan hak kebebasan beragama iaitu memakai tudung di tempat kerja jelas melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Setiap rakyat Malaysia berhak mengamalkan pegangan agama masing-masing walaupun majikan mempunyai hak mengenakan kod pemakaian kepada pekerjanya.

“Malah, pemakaian pakaian berbentuk keagamaan jika atas sebab keselamatan atau kesukaran melaksanakan tugas mestilah dalam keadaan perlu saja iaitu jika pakaian agama itu menghalang pemeriksaan keselamatan, kepentingan dan ketenteraman awam, dan pemakaian tudung tentunya jelas tidak jatuh dalam mana-mana kategori itu.”

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti mengambil tindakan segera mengubah dasar diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan,”

Dalam pada itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyifatkan tindakan tidak membenarkan kakitangan wanita yang bekerja di barisan hadapan hotel memakai tudung kononnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan menjadi amalan antarabangsa adalah sama sekali tidak wajar.

“Saya menyokong mana-mana syarikat yang melakukan diskriminasi terhadap wanita yang bertudung diambil tindakan dan ditarik lesen perniagaan mereka.”

“Umat Islam yang bertanggungjawab dan sesiapa saja yang peka terhadap hak asasi manusia mestilah memulaukan syarikat dan produk syarikat berkenaan,”

Katanya, satu senarai syarikat yang melakukan diskriminasi harus disiarkan untuk pengetahuan awam.

Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) menerima aduan pekerja wanita yang bertudung diarahkan menanggalkan tudung mereka termasuk larangan sama terhadap pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan untuk latihan praktikal.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cheah Swee Han mempertahankan tindakan hotel berkenaan dan berkata ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa dan setiap hotel mempunyai SOP masing-masing.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...