Sama ada korang perasan ataupun tidak, setiap kapal terbang majoritinya berwarna putih dan apa yang membezakan mereka hanyalah corak, bendera dan sebagainya. Agak-agak kenapa? Ini 4 penjelasan oleh saintifik disebaliknya..
Kurang serap haba
Warna putih adalah warna yang kurang menyerap haba berbanding warna lain dan merupakan warna pemantulan cahaya yang paling terbaik berbanding warna lain.
Bukan tu jer, apabila berada dalam cuaca yang panas terik, warna putih ini juga akan membantu untuk menyejukkan enjin dengan lebih cepat.
Mudah kenalpasti
Warna putih sangatlah membantu pemeriksa bagi tujuan keselamatan kerana kapal terbang akan sentiasa diperiksa secara berkala untuk mengesan sekiranya ada berlaku keretakkan atau keremukkan pada badannya. Selain itu, warna putih juga lebih efektif untuk mengenalpasti kebocoran minyak atau karat pada kapal terbang kerana ianya akan meninggalkan kesan.
Senang jejaki
Warna putih pada kapal terbang dapat dilihat dengan jelas sekiranya berlaku kemalangan di tengah laut dan landasan pada waktu malam atau keadaan yang gelap.
Ianya juga dapat mengelak daripada bertembung dengan burung-burung yang berterbangan disebabkan penglihatan haiwan tersebut mampu mengesan warna putih secara kromatik apabila berada dalam cuaca yang panas ataupun mendung.
Kos bertambah
Kos akan lebih tinggi dan mengambil masa yang agak lama sekiranya dicat dengan warna lain. Bukan tu jer, beratnya juga akan bertambah apabila adanya lapisan-lapisan cat baru sekaligus menyebabkan kos operasi lebih meningkat.
Haa, dah terjawab kan? Mesti ramai yang rindu nak pergi bercuti kan? Sabar! Semoga wabak yang melanda ini akan berakhir secepat mungkin untuk kita menjalani kehidupan seperti biasa.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara