Ini Sebab Kenapa Jangan Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makan Atau Minum Apa-Apa, Bahaya!

Trending

Ini Sebab Kenapa Jangan Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makan Atau Minum Apa-Apa, Bahaya!

Dah berapa kali kita beritahu, jangan sesekali beri bayi bawah 6 bulan makan atau minum apa-apa. Lihat apa jadi. Sebab itu bila orang pesan, jangan nak membawang sangat cakap itu tak boleh, ini tak boleh.

Jadi apa-apa kat anak orang, siapa nak bertanggungjawab?!

Advertisement

Makanan pejal seperti nestum yang sudah dibancuh, kanji, bubur nasi, pulut, nasi himpit, rendang dan air sirap tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan.

Apetah lagi musim-musim raya ni nak bagi macam-macam dengan alasan budak dok usha mak ayah atau saudara mara makan atau nak bagi budak-budak merasa.

Antara sebab tak boleh bagi makanan pejal kerana;

1. Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan.

2. Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.

3. Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.

4. Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).

5. Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.

Jadi bawa beringat. Bertegas sedikit tidak kira dengan sesiapa pun.

#Mitos
1) Bayi kerap nangis kerana bayi lapar walaupun selepas menyusu.
2) Beri makan awal, bayi kekal sihat dan tembam dan nampak comel.
3) Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
4) Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2

Kredit : Bel Nawhen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...