Ini Satu Pengajaran Berguna Buat Saya – Adi Putra

Hiburan

Ini Satu Pengajaran Berguna Buat Saya – Adi Putra

Bukan senang untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya jika anda seorang selebriti bernama Adi Putra yang baru menarik balik permohonan cerai terhadap isteri sendiri. Namun semalam, Adi kelihatan tenang menjawab persoalan daripada pihak media berkaitan isu ini. Apa pun, Abang Nara bersyukur kerana rumahtangga Adi dan isterinya, Aida terselamat daripada penceraian.

adi putra

Advertisement

Adi berkata yang apa yang dilaluinya seperti sebuah drama. Kata Adi:-

Saya anggap keputusan menarik balik kes cerai terhadap isteri adalah satu keajaiban. Alhamdulillah kami sedar bahawa rumah tangga yang dibina perlu diteruskan dan kami masih memerlukan di antara satu sama lain. Terasa macam drama pula, tapi inilah realiti yang perlu dilalui. Dan jika ada pihak menganggap kami main-main dengan perkara ini, terpulanglah.

Yang paling penting, Adi dan isteri mendapat pengajaran yang sangat banyak daripada kes ini.

Sepanjang sembilan hari diberi tempoh berdamai, kami tenangkan dan kemudian masing-masing meluahkan perasaan dan rasa tak puas hati. Alhamdulillah, akhirnya kami mencapai keputusan yang kami masih lagi memerlukan antara satu sama lain. Bagaimanapun saya tidak menyesal memfailkan penceraian itu, namun ia satu pengajaran berguna buat saya.

Dan isteri Adi, Aida menegaskan bahawa apa yang telah terjadi antara mereka berdua tidak ada kaitan dengan orang ketiga ataupun soal cahaya mata.

Memang macam-macam spekulasi timbul di luar sana mengenai rumah tangga kami.Cuma apa yang kami ingin tegaskan di sini, ia tiada kaitan dengan orang ketiga, mahupun hal anak.

Bagi Abang Nara, persetankan apa orang nak kata. Anda sendiri tahu apa sebenarnya yang terjadi. Yang penting, sekarang anda berdua tidak jadi bercerai. Cari jalan untuk terus hidup bahagia seperti dahulu. Pergaduhan adalah asam garam rumah tangga. Dan Abang Nara berdoa agar Adi dan isteri dikurniakan cahaya mata secepat mungkin supaya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka berdua. Amin. Kredit info Mstar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

112 Comments

  1. Pekingtengokaida

    May 24, 2012 at 7:27 am

    Aida buatla apa yg sepatutnya upgrade penampilan diri. Tengok bini mat haruuuun mcmn dia jaga laki dia. Kita tengok lawa menarik kalau laki dia tengok lagi laaaa!!! Kalau nak bertudung ikutla seperti yang disarankn dalam agama. Kasi kemas2 sikitla. Berserabai bebenor..Nnt kalau suami buat hal lagi pening kepala nnt. Suami awak tu mampu menggegarkn wanita2 diluar sana. So, ambil langkah segera!!!!!!!!!!!!!!

  2. Anonymous

    May 24, 2012 at 12:04 am

    ALhamdulilah slmt juga umah tangg diaorang…. sblm nie sape2 yg dok tdh ND lah penyebabnye,, maka ketahuilah anda smua dh dpt dosa kering,,2 lah lain kali jgn dok pndai2 nk mnhukum org………. kn dh kena…..

  3. Anonymous

    May 23, 2012 at 9:28 pm

    nora high maintanance. adi ni ingat nora nak kat dia. taste nora orang kaya walau diri bukan asal orang senang.
    adi, ingatlah susah senang isteri waktu bersama kita. masa kahwin dulu pun adi belum sapa2. kalau adi buang wife dia, kesian sangat. dahlah susah nak ngandung.
    tapi macam member aku senang lekat tapi tak kuat. satu cara, duduk kat hospital sampai beranak. bekorban ler sikit aida. dok kat hospital sampai baby keluar

    • Anonymous

      May 24, 2012 at 7:38 am

      Yala kwn sy ada seorg mcmtu smpai beranak 9 bln berumahtangga kt hospital Gomen aje. Dah dekat 12 thn kawin baru dpt seorang baby boy. Skrg dh 2 tahun budak tu.

  4. lll

    May 23, 2012 at 9:22 pm

    saya sudah ada anak lima..sentiasa ada kucing di rumah sebab suami dan anak2 suka kucing..masa mengandung, beranak, anak-anak dari peringkat bayi hingga sekarang dah dewasa, tak ada masalah kesihatan pun. yg penting , pastikan rumah bersih….

  5. salmiah said

    May 23, 2012 at 8:22 pm

    Buat fasha sandha.
    Kucing adalah perawat jiwa manusia.Sekiranya saya menjadi anda saya tidak akan menjauh kan diri saya dgn kucing2 kesayangan saya.Saya mempunyai ramai kwn2 yg memelihara kucing.Masing2 mempunyai anak2 yg sihat dan comel.Tiada masalh tentang kesihatan anak2.Seperti ziana zain jg memelihara kucing kesayangan nya.Dia jg mempunyai anak2 yg sihat.Saya hrp fasha tidak mengagih2kan kucing anda kpd org lain.Kasihan pd mereka dimana org lain memelihara tidak sebaik anda menjaganya.

    • Anonymous

      May 24, 2012 at 3:00 pm

      Aku pun x boleh berpisah ngan kucing aku.masa mula2 bela anak kucing tu,aku pi keje pun x senang.time rehat je blk rumah.semata2 nak tengok anak kucing aku tu.hanya org yg syg kucing je paham perasaan tu.

Loading...