Ini Rupanya Identiti Jiran Bawa Makanan Dalam Video Gadis TikTok

Kehidupan

Ini Rupanya Identiti Jiran Bawa Makanan Dalam Video Gadis TikTok

Baru-baru ini, video seorang gadis asyik bermain TikTok tular di laman sosial apabila gelagatnya itu terhenti apabila diperhati oleh seorang lelaki yang datang ke rumahnya untuk memberikan juadah berbuka.

Ramai netizen yang terhibur melihat video tersebut, di mana remaja lelaki itu seperti terkedu selepas melihat gadis yang sedang seronok merakamkan video TikToknya. Tambah melucukan apabila gadis itu ‘lari lintang pukang’ selepas menyedari kehadiran jirannya itu.

Advertisement

“Lama pulak tu dia tercegat.”

 

Ada juga yang memparodikan video tersebut.


Oleh kerana video itu menjadi popular, identiti gadis TikTok dan jiran lelakinya itu dicari netizen. Menerusi komen dan retweet daripada orang ramai, gadis TikTok itu telah muncul dan menceritakan kejadian sebenar selepas dia secara tidak sengaja ‘bertiktok’ di hadapan jirannya.

I lari lintang pukang sambil jerit!

komen di twitter

Identiti jirannya yang nampak kabur di dalam video tersebut, turut dapat dikenal pasti apabila dia membuat pengakuan dan berkongsi perasaannya sewaktu perkara itu berlaku.

Menerusi komen, lelaki yang dikenali sebagai Hazim Rusnan itu dikatakan membuat keputusan untuk menunggu gadis tersebut selesai bermain TikTok dahulu sebelum menyapanya, namun belum sempat berbuat apa-apa gadis itu terus lari masuk ke dalam rumah.

Komen gadis tiktok

Difahamkan, keluarga lelaki itu baru berpindah di kawasan perumahan tersebut dan datang ke rumah gadis itu untuk menghantar juadah berbuka seperti yang disuruh ibunya.

Komen twitter

‘Tak kenal maka tak cinta’. Lucu betul mereka berdua ni. Apa pendapat anda?

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...