Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan bahawa dia pemilik suara disebalik satu rakaman yang kononnya merupakan perbualan diantara dirinya bersama Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi, semalam.
Difahamkan rakaman video tersebut telah didedahkan oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada sidang media tahun lalu dan ianya dikaitkan dengan Rosmah yang seakan-seakan sedang memarahi suaminya.
Rakaman itu dimainkan oleh pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram. Beliau meminta izin kepada Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan sebelum ianya diperdengarkan kepada semua pihak.
Sejurus selepas rakaman tersebut dimainkan di dalam mahkamah, Rosmah secepatnya menafikan bahawa pemilik suara disebalik rakaman terbabit bukanlah suaranya.
Ini rubbish (mengarut). Ini bukan suara saya.
Selepas melihat isteri kepada bekas Perdana Menteri itu menafikan ia, Gopal Sri Ram memohon untuk menghentikan rakaman itu dan pendakwaan kemudiannya mengesak wanita itu adalah pemilik suara berkenaan.
Untuk makluman, ini merupakan pengakuan daripada Rosmah buat pertama kalinya menafikan bahawa dia pemilik suara di dalam video itu sejak ianya didedahkan.
Selain daripada suara beliau dan Najib terdedah, ada juga dakwaan rakaman dimana melibatkan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Dzulkifli Ahmad dan perbualan bersama Najib dengan pengawai kanan daripada Emeriah Arab Bersatu (UAE).