Ini Risiko Bahaya Menggunakan Tin Minuman Untuk Memasak Lemang Viral Yang Perlu Anda Tahu

Makanan

Ini Risiko Bahaya Menggunakan Tin Minuman Untuk Memasak Lemang Viral Yang Perlu Anda Tahu

Baru-baru ini tular di media sosial cara memasak lemang mudah menggunakan bekas tin minuman. Perkongsian ini mendapat banyak reaksi di kalangan netizen yang mengatakan ini merupakan cara yang kreatif dan moden untuk menyediakan lemang tanpa menggunakan buluh.

Memang diakui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, rakyat Malaysia semakin kreatif berkongsi pelbagai resepi masakan. Sehingga ada segelintir individu yang kreatif menggunakan bahan terbuang untuk digunakan semula.

Advertisement

Trend lemang dalam bekas tin minuman mendapat perhatian rakyat Malaysia mungkin disebabkan bentuknya yang boleh menggantikan buluh.

lemang

Cara masak yang mudah dan cepat ini mungkin nampak menyenangkan tetapi mengikut pendapat pakar ahli kimia, kaedah ini boleh memberi risiko kepada kesihatan. Dr Fatimah Salim, seorang ahli kimia menjelasan dari segi saintifik tentang bahaya penggunaan tin minuman sebagai medium untuk menyediakan makanan.

Memasak sesuatu dalam bekas tin amat tidak digalakkan kerana bekas tin minuman diperbuat daripada bahan aluminium, sejenis logam yang bersifat reaktif.

Penggunaan haba yang tinggi ketika memasak akan menyebabkan bahan masakan bertindak balas dengan bahan yang terdapat dalam tin tersebut.

lemang dalam tin

Kandungan bahan aluminium yang tinggi dalam badan dikaitkan dengan masalah kesihatan saraf, tulang dan otak. Terutama autism dalam kalangan kanak-kanak dan penyakit Alzheimer.

Sesetengah individu yang sensitif dan mempunyai masalah perkumuhan bahan aluminium berpotensi untuk mendapat masalah yang dinyatakan.

Perbezaan tin aluminium, kuali dan peralatan masak

Peralatan memasak juga diperbuat daripada aluminium namun bezanya adalah peralatan ini menggunakan lapisan aluminium oksida yang sangat stabil. Oleh itu, lapisan ini menghalang hakisan aluminium daripada bercampur dengan bahan masakan.

Tin minuman tidak mempunyai lapisan seperti ini kerana pembuatan tin mempunyai lapisan yang sangat nipis. Daun pisang yang digunakan ketika memasak lemang tin minuman mungkin boleh digunakan sebagai pembalut.

Namun kita tidak mampu untuk menghalang jumlah aluminium yang akan terhakis.

lemang dalam tin

Bahan binaan tin tidak sama dengan bahan yang terdapat di kuali atau periuk di rumah walaupun diperbuat dari bahan yang sama. Kemungkinan bahan-bahan lain seperti cat dan tulisan di tin minuman tersebut akan turut terhakis dan menjadi ‘perisa tambahan’ lemang.

Oleh itu, elakkan memasak menggunakan bekas tin minuman untuk keselamatan kesihatan bersama. Sekiranya anda teringin makan lemang, pesan sahaja menerusi dalam talian. Disamping itu, anda juga boleh membantu orang lain untuk tingkatkan pendapatan ketika tempoh PKP ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...