Baru-baru ini, Â suami kepada pelakon Zizie Ezette iaitu Datuk Bung Mokhtar telah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Namun, ada sesetengah pihak mendakwa bahawa Zizie langsung tidak menjaga suaminya itu yang sedang sakit sehingga dilabelkan sebagai isteri tidak bertanggungjawab.
Walaubagaimanapun, Zizie telah memuat naik foto beliau memasak hidangan asam pedas cara Sabah buat suaminya dengan hashtag yang seakan membidas komen orang ramai yang beliau tidak menjaga suami.
Asam pedas Sabah style! Satu bergaram & bergula, satu lg kurang garam tiada gula. Faham2 la org baru nk sihat ni semua kena dikurang2kan. Kasih sayang je yg bertambah.
#jgncakapakakxjagasuami #adabendatakperlulahnakdipost #kalauxpostbukanxsayang #jgncaridosa
Rata-rata pengguna Instagram dalam ruangan komen memuji kebolehan Zizie, isteri kedua Bung Moktar yang berasal dari Semenanjung, memasak hidangan Sabah dan mendoakan kesihatan suaminya.
Apa-apapun harapnya Datuk Bung Mokhtar akan cepat sembuh. InshaAllah.