July 19th, 2016

Semalam kami ada menyiarkan luahan seorang pembaca menerusi satu surat terbuka yang dikirimkan kepada kami tentang Suhaimi Saad yang kehidupannya terlalu “ zuhud”.

Pembaca itu juga mempersoalkan tanggungjawab Suhaimi sebagai seorang bapa kerana tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah dan menyuruh mereka meminta sedekah.

Malah,ada juga netizen yang menganggap Suhaimi seakan “mendera” isterinya Ina Naim kerana tidak menyediakan mesin basuh untuk mencuci pakaian 6 orang ahli keluarga.

Isu ini sejak semalam menjadi topik yang hangat di Facebook serta trending di Twitter dan ia turut mendapat perhatian Suhaimi sendiri.

Setelah dihimpit pelbagai kritikan, Suhaimi akhirnya telah memberikan respon beliau mengenai  isu tersebut di akaun Facebook miliknya.

Berikut respon Suhaimi :-

Hmmph, kami rasa bukannya masyarakat hendak sibuk tetapi tidak salah untuk menegur jika sesuatu perkara itu luar daripada kebiasaannya. Ramai sebenarnya yang mahu tahu kebenaran mengapa anda bersikap begitu terhadap anak-anak dan apa salahnya juga untuk menyediakan keperluan asas dalam membantu isteri anda melakukan tugas harian di rumah…

Maaf kami katakan,  susahnya untuk menegur mereka yang merasakan diri sudah cukup sempurna dan sudah terlalu arif didalam hal agama.

Sumber Berita : Facebook Suhaimi Saad


Comments are closed.

Loading...