December 28th, 2017

Kontroversi Iqram Dinzly yang berkelakuan pelik turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri yang ingin menawarkan bantuan buat Iqram menerusi satu surat terbuka yang dikongsikan di akaun Facebooknya.  Iqram dinasihatkan untuk banyak membaca Al –Quran selain mendekatkan diri dengan Allah SWT. Zulkifli juga berharap Iqram tidak terlalu memikirkan komen netizen yang memberikan tekanan kepada beliau.

Dr Zulkifli juga mahu mengenali Iqram dengan lebih dekat dan menjemput aktor itu hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk berbincang tentang masalah yang dihadapinya sekarang.

Sudah mengetahui tentang surat terbuka ataupun pelawaan mufti , Iqram telah memberikan respon terhadap perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya. Iqram bagaimanapun tidak mahu berjumpa dengan Dr Zulkifli di Kuala Lumpur sebaliknya mengajak beliau ke rumahnya untuk sesi tersebut.

Iqram tidak mahu meninggalkan ibunya yang kini masih dalam tempoh edah selepas pemergian suami tercinta. Pada masa yang sama, Iqram mengucapkan terima kasih kepada Dr Zulkifli atas keperihatinan beliau.

Harapnya akan terjadilah pertemuan antara mereka berdua. Semuanya untuk kebaikan Iqram juga. Masih ramai lagi peminat yang menyayangi beliau dan mahu Iqram kembali tenang seperti dahulu.


89 responses to “Ini Respon Iqram Dinzly Terhadap Mufti Wilayah Persekutuan Yang Ingin Membantunya”

  1. takdaknama says:

    taknak ckp apa..ak rasa die schizophrenia. dah nmpk byk ciri2.. talking and act irrelevantly.. full of grandiosity.. harap- ade org terdekat bleh bwk jmpe doktor.. takut melarat jd hallucination and could kill himself or others

Loading...