Menjelaskan isu beliau ingin mengambil tindakan undang-undang, Hafiz berkata beliau sudah cuba untuk menyelesaikan isu itu secara baik tetapi tiada sebarang jawapan balas selepas tempoh 14 hari diberikan.
Saya tidak tahu pun adanya penjualan fabrik menggunakan nama saya sebagai jenama di gedung tersebut. Peminat saya yang memberitahu saya mengenai perkara ini. Mereka memuji kualiti kain tersebut dan saya dimaklumkan, fabrik tersebut mendapat permintaan tinggi dan sering habis dijual.
Saya melakukan penyiasatan dan mereka menggunakan nama Hafiz Hamidun yang dicetak sebagai nama dan label fabrik tersebut. Pihak peguam memberikan notis 14 hari kepada gedung tersebut untuk selesaikan perkara ini, namun begitu tiada sebarang respon dari pihak mereka. Saya akan mengambil tindakan undang-undang dan bakal memanjangkan perkara ini ke mahkamah.
Dilabelkan sebagai seorang yang ‘perasan’ oleh sesetengah netizen, ini jawapan Hafiz :-
Ada sesetengah netizen mengecam saya. Memang saya perasan, kain tersebut memang guna nama saya. Selain menyanyi, saya juga menjalankan perniagaan kurta, jubah dan sebagainya. Album studio saya juga menggunakan nama saya. Nama saya sudah menjadi jenama saya. Saya mempunyai 2.3 juta pengikut di laman Facebook, 474,000 pengikut di laman Twitter dan 566,000 pengikut di laman Instagram.
Ada peminat terpengaruh untuk membeli kerana fabrik tersebut menggunakan nama saya. Ini bukan perihal saya popular atau tidak, saya dikenali atau tidak, tetapi perkara ini tidak seharusnya terjadi.
Jika benar perbincangan secara baik sudah dibuat dan tidak diendahkan, mugkin tindakan undang-undang adalah resolusi terakhir Hafiz untuk namanya tidak terjejas.