Written by Bella | February 17th, 2017

Pagi tadi kami ada menyiarkan artikel yang dipetik daripada portal Utusan Online dimana pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mahu memfailkan saman terhadap label pakaian Elle Zada atas segala kontroversi yang berlaku tahun lepas dimana pihak mereka gagal untuk menyiapkan baju yang sudah ditempah oleh pembeli, agen dan stokis.

Malah, Sam juga memberitahu beliau dan isteri tidak mendapat bayaran yang dijanjikan Elle Zada dan nama mereka juga terjejas akibat apa yang terjadi sebelum ini.

Susulan itu, pihak Elle Zada menerusi laman web mereka telah memberikan kenyataan balas berhubung isu saman berkenaan.  Elle Zada memaklumkan Sam dan Syatilla bukan sahaja duta tetapi merupakan rakan kongsi bagi label pakaian tersebut.

Berikut kenyataan penuh Elle Zada :-

Terima kasih kami ucapkan kepada supporters ELLE ZADA yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Tak henti-henti kami menerima mesej dan panggilan telefon daripada mereka yang menyokong kami serta tahu perkara sebenar. By now, mungkin ramai yang ingin tahu dari pihak kami sendiri tentang berita online Utusan Malaysia semalam, “Sam, Syatilla bakal saman ELLE ZADA”.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan business partner kami dalam menjayakan Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016. Kami masih belum menerima sebarang saman, tetapi kami bersedia untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan akan menjawab sebarang tindakan saman yang dimaksudkan.

Pihak ELLE ZADA telah beberapa kali menghubungi pihak Sam & Syatilla sehingga Januari 2017 tetapi mereka memilih untuk mendiamkan diri dan kami tidak menerima sebarang ‘update’ sehingga laporan melalui Utusan Malaysia semalam. Kenyataan yang diberikan oleh Syatilla Melvin di artikel Utusan Malaysia seolah-olah menggambarkan tanggungjawab mereka adalah sebagai duta dan bukan sebagai rakan kongsi dalam projek tersebut. Kami sudah menghubungi Syatilla Melvin semalam tetapi masih belum menerima sebarang respon.

We have the full account of what had happened before, during and after the project. We had established our roles clearly and we believe Sam Syatilla and team should be clear of theirs.

ELLE ZADA bersedia untuk menjawab sebarang saman yang bakal difailkan oleh pihak Sam & Syatilla berkenaan perjanjian dan persetujuan bersama sebagai rakan kongsi projek tahun lepas kerana kami tidak menyembunyikan apa-apa daripada mereka.

Sebaik-baiknya isu ini diselesaikan dengan cara baik, tetapi sekiranya pihak Sam & Syatilla memilih untuk memutar fakta dengan media, kami mengalu-alukan pihak media untuk menghubungi kami dan mendapatkan gambaran sebenar tentang kolobrasi kami dengan Sam & Syatilla.

Sejak Projek Raya 2016 ELLE ZADA x SAM SYATILLA, ELLE ZADA telah memilih untuk mendiamkan diri untuk komen apa-apa tentang kolobrasi dengan Sam & Syatilla kepada pihak media meskipun kami dihujani pelbagai soalan. Bukan kerana kami ingin lepas tangan, atau kerana kami cuba menipu seperti yang didakwa sebaliknya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan yang lebih lanjut. Kami berusaha memelihara nama baik Sam dan Syatilla walaupun ketika projek mengalami krisis.

We chose to keep it down on social media to enable the entire team to refocus on our number one stakeholder, which is our customers. Selama beberapa bulan ini, pihak kami FOKUS menyusun kembali strategi dalam mengembangkan sayap pemakaian patuh syariah ke peringkat tertinggi. Pada kami, isu ini tidak akan mengalihkan perhatian kami dari fokus utama, iaitu untuk mengembangkan sayap business dan menggembirakan hati pelanggan kami yang telah berada di sisi kami sejak kami memulakan perjuangan ini lagi; way before we even know Sam & Syatilla.

We’ve revamped our processes, got our team together, and we have great surprises coming your way! Last year has served as a great lesson for us to become better and stronger. Now we are ready to go for 2017.

PS: Pihak ELLE ZADA sehabis mungkin telah berusaha menguruskan proses refund kepada pelanggan yang terlibat (kami memilih untuk tidak menyusahkan Sam & Syatilla dalam proses tersebut sebagai business partner yang bersama-sama berkongsi untung rugi projek raya ini). Sekiranya masih ada customer dan agen yang belum menerima refund dari Projek Raya ELLE ZADA x SAM SYATILLA 2016, mohon jasa baik untuk menghubungi kami kerana ada juga customer yang belum respon dan kami sendiri telah cuba beberapa kali namun tidak dapat menghubungi mereka.

Kami yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Have a blessed day to all!

ELLE ZADA

Isu begini mungkin ada salah faham. Cubalah kedua-dua pihak berbincang sebaiknya untuk selesaikan segala perkara diluar mahkamah.

Sumber Berita : Elle Zada

25 responses to Ini Respon Elle Zada Terhadap Isu Saman Yang Bakal Difailkan Oleh Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin

  1. kentut padu telur nasi lemak pedas says:

    dari bergaduh… baik kentut padu telur taik pedas ajeee kat mukaaa ?????
    nak bau ???

    1

    15
    • cengkerek says:

      Bella x yah lah buat topik pasal mereka ni. Xde org komen. Jadi topik rumah hantu…sepi.

      12

      0
    • Ayam jepun says:

      SAM TGH CARI DUIT UTK BINI DIE NAK BERSALIN TU, YE LAH BERLAKON DH MKIN SENDU, PE LG MAIN SAMAN2 LA. BEST PLK KLO MENANG KES, DPT LA JGK SI SAM TU RATUS2 RIBU

      15

      1
  2. kentut padu telur nasi lemak pedas says:

    kentut taik telur pedas ???

    1

    10
  3. Anonymous says:

    Hahaha bodo lah komen d atas,tq buat aku ktawa d mlm ne tgh tnggu live mLm jom layan mkn lekor

    1

    3
  4. vroom says:

    btul.. sendu je.. baik buat review pasal buku fattah tu..

    0

    4
  5. bekaspelangganEZ says:

    elle so fake!

    9

    2
  6. Ohyeah.. says:

    Panjang lebar statement balas dari EZ.
    Seronok nk tau perkembangan kes.
    Org2 tua kata jgn ckp bnyk sgt sebab bila tersalah ckp , nanti malu!

    4

    0
  7. Miss laser says:

    Hi elle business partner yg x dpt dhubungi???ape samsyatilla tu dok oversea ke?bile nk dptkn khidmat dorg terhegeh mencari.masa krisis thn lps tu sape yg turun pdg?sam jgk kan.itu yg aku nmpk.ko dgn laki ko elok je menyorokkn diri.yg customer ni bagai nk gler mcari ko dgn jantan ko tu.jgn nk terlebih ckp nnt termalu sendiri.hutang saman dh bayar ke kt kwn baik kau dulu tu?huh…

    37

    1
  8. wateva says:

    xkesah la status partner ke idok ke.xmau tahu.masalahnya kenapa baju tu boleh xsiap bangang aih.samtilla maybe collabarate bab design.sama mcm liyana jasmay,lisa surihani.tapi yg arrange siapkan baju tu pihak engko kot rasanya

    26

    0
  9. AkuMinatFazura says:

    jom kita dengarkan pula apa kata pihak sam & syatilla selepas membaca penjelasan yang cukup panjang dari elle zada…

    ps: sambil makan keropok.

    3

    0
  10. buluh perindu says:

    sedih lah rasa org takbur ni haih insaflah elle jadah

    10

    0
  11. I am nobody says:

    Statement balas ni keluar sbb risau lettuew,bulan puasa kan dh nk dekat,pasni ramai sibuk nk cari baju raya lg..panjang lebar explain,smpai dh mcm xde point

    5

    0
  12. Grumpydrive says:

    Yang penting jangan beli baru dari EZ ni dah. Beli kat Jln TAR lagi puas hati

    13

    0
  13. Anak Mak Cik Engko says:

    Sembang jer lebih elle zada ni. Refund tak jalan pun. Nk ckp hubungi customer. Tp dia yg block customer ada la.. Refund tak bagi. Aku tak halalkan duit aku. Baju tak dapat, rugi yang dapat.

    16

    0
  14. Duitakuhangus says:

    Mende tah point dia essay panjang tapi isi takde. Cite sekarang orang nak tau baju tak siap pasal apa? Tak kisahlah sam & tilla adalah partners ke apa ke benda tu number 2. Number 1 nya, asal baju tak siap?

    11

    0
  15. Feldegast says:

    Senang cakap EZ ni business yang bertopengkan agama untuk buat duit. Pos status-status islamik, founder pakat2 pakai jubah hipster, guna ayat-ayat manis macam ustaz ustazah tapi ambil duit customers, ambil duit rakan kongsi, tipu sana, tipu sini.

    Sampai bila nak lari? IG pun kosong macam tu je, status refund tu dah setahun dah takkan tak habis-habis lagi. Mana perginya duit-duit customers tu, duit rakan kongsi? Senang cakap business ni kalau menipu tak lama pun, lambat laun orang tahu juga.

    11

    0
  16. pening says:

    ko tamak sgt elle…amik order byk2…mntg2 gune name samtilla…padahal tailorpn xde…raye habis pn still xdpt baju…ayat ala2 baik je tp sbnrnye ramai tau ko cmne…byr je la saman tu….

    2

    0
  17. maliza says:

    abg nara..tolong bg tau diorg..komisen sy pun x dpt2 lagi.. dah nak raya semula…

    0

    0
  18. sue says:

    suggestions:
    1. elle zada & sam & syatilla tunjukkan signed agreement. tengok terms of reference (role & tugas) masing2 apa.
    2. based on the TORs untuk setiap pihak, tengok ada tak yang tak dipenuhi & dicanggahi (violated)
    3. based on the TORs yang tak dipenuhi & dicanggahi (violated), saman!
    4. utk para customer yg tak dapat productnya, form a consumer group (kumpulan pengguna). kumpulkan semua bukti order (berserta order no. @ kod), respons drp Elle Zada (termasuk ketidakupayaan untuk memenuhi order & refund) – kalau xde respons drp Elle Zada & refund, tolong kemukakan aduan kepada Persatuan Pengguna as a group until you get your refunds.

    4

    0
    • Feldegast says:

      Refund apanya. Court order suruh pulangkan duit rakan kongsi RM150K pun dia buat tak peduli apa lagi customer yang ribu-ribu je. Dah masuk setahun dah.

      Boleh la Google ElleZada, nanti semua cerita dah keluar dan boleh baca. Suggestions kat atas ni tak jalan.

      2

      0
  19. hakak cun says:

    dgn org biase mungkn ko blh elak.. tp dgn artis..kan dah mendapat..

    1

    0
  20. Zila says:

    Elle zada ni penipu besar, dulu dia ada rakan kongsi seorang lelaki dan isteri dalam pantang masa tu… Di buatnya macam hanjing, habis ditipunya org tu hidup2. Tak mustahil Sam dan syatilla pun kena tipu. Tahun lepas baju raya pun puas customer kena tipu dgn elle zada ni ! bila tanya pasal refund kena block di FB dan instagram.

    4

    0
  21. melata says:

    Elle jadah tak perlu nak taip pjg2 tapi tkde point. lantak korang le berkerjasama ke sahring partner ke whatsoever. kenapa baju tak siap kenapa? kenapa refund tk settle kenapa? skrg dah menggelabah kan? confirm raya tahun ni tkde org nk beli baju kau. samtilla pun take action on the right time. syabas beta!

    3

    0
  22. Anonymous says:

    ELLE ZADA sampai customer kena p kedai buat tuntutan refund…dr x mengandung sampai mengandung la nak dpt duit dia…sudah la…cpt2 la bayar duit customer..mcm mna nak maju klo duit org x bg…!!!!
    #nasibdapatduitdahwalorm190

    1

    0