January 11th, 2016

Apa perasaan anda jika ada seseorang mempertikaikan anda dan menggelar anda dengan perkataan yang agak sinis. Tentu anda rasa bengang bukan?

Itulah perasaan Dato’ Aliff Syukri apabila beliau dilabel sebagai “Orang Kaya Bodoh” oleh sebuah pihak yang membuat perbezaan antara Sembilan Melayu Terkaya di Malaysia dengan Aliff serta pengasas Vida Beauty, Dato Seri Vida.

Menurut Aliff menerusi akaun Instagramnya, menyatakan perbuatan itu agak keterlaluan.

Kadang-kadang tak semua benda yang kita lakukan org faham dan itu konsep program tv tak payah nak menghukum kami bodoh bagai lah.  Kalau awak bijak sangat tampilkan diri. Tak payah nak buat kenyatan macam ni.

Erm..kalau anda perasan sejak sebuah rancangan yang memaparkan kehidupan tiga jutawan kosmetik termasuk Dato’ Aliff dan Dato’ Seri Vida, mereka berdua mula dihimpit dengan pelbagai kritikan.

Hati manusia ini lain-lain, bukan semua yang senang melihat kejayaan mereka.

Sumber Berita: Instagram Dato’ Aliff Syukri

 


Comments are closed.

Loading...