Ini Resepi Nugget Nasi Frozen Sesuai Untuk Kanak-Kanak Yang Susah Makan Nasi

Trending

Ini Resepi Nugget Nasi Frozen Sesuai Untuk Kanak-Kanak Yang Susah Makan Nasi

Kadangkala yang jadi mak-mak selalu pening kepala bila si kecil buat perangai tak nak makan nasi. Maklumlah nasi adalah makanan ruji orang Malaysia.

Advertisement

Kalau sehari tolak hidangan nasi, kita masih boleh bersabar tapi kalau setiap hari mencebik mulut bila hendak disuap nasi, mak pun mulalah nak naik angin.

Bila dah bergelar ibu, memang wajib jadi kreatif dan inovatif terutama bab memastikan anak makan makanan berkhasiat dan mengenyangkan.

Nugget Nasi Frozen

Pagi2 dh buat nugget nasi..anak buat perangai susah mkn nasi plk..kejap lg bangun dh boleh terus makan..makan sebiji pun dh kenyang..hati ibu pun senang..jom momies buat boleh bg anak2 makan… Nak bekalkan anak ke sekolah pun boleh jugak..senang anak2 nk makan..

1. Nasi panas2 bersama serbuk ikan bilis/ayam dan sedikit serbuk perasa..

2. Gaul dan lenyekkan nasi sehingga padat

3. Untuk inti dalam saya pakai sosej..klu nak pakai apa2 inti pun boleh.janji anak suka makan..

4. Gumpal nasi n lenyekkan mcm ne kemudian boleh letak inti kt dalam tu

5. Bulatkan balik nasi..gumpal bagi padat takut nnt goreng akan pecah..

6. Celup dalam telur

7. Tepung goreng ayam bersama nestum.klu nak pakai serbuk roti pun boleh jugak

8. Kemudian golekkan sampai semua disaluti tepung ayam

9. Panaskan api n goreng.pastikan api kecil. Kalau nak frozenkan boleh goreng separuh masak. Kalau nak makan sekarang boleh goreng sampai garing.

10. Ni yg separuh masak..tggu bagi sejuk kemudian boleh frozenkan

11. Ni yang boleh makan sekarang..

Sumber : Facebook Arieza Rieza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...