Ini Rahsia Fattah Amin & Neelofa Dapatkan Gambar Keindahan Malam Yang Jelas & Memukau

Hiburan

Ini Rahsia Fattah Amin & Neelofa Dapatkan Gambar Keindahan Malam Yang Jelas & Memukau

Mendapatkan gambar yang terang dan sempurna menggunakan smartphone di waktu malam bukanlah satu perkara yang mudah. Ada kalanya gambar menjadi terlalu gelap (under-exposure), terlebih terang (over-exposure) atau terlalu banyak ‘noise’. Jadi bila tengok Fattah Amin dan Neelofa kongsikan gambar keindahan malam mereka yang perfect, Abang Nara tertanya-tanya apakah rahsia di sebaliknya.

oppo f11 pro

Advertisement

Kaji punya kaji, rupa-rupanya Fattah Amin dan Neelofa menggunakan Oppo F11 Pro untuk menangkap gambar mereka di waktu malam. Patutlah mantap kualiti gambar diorang. Kalau korang nak tahu, ini antara kelebihan Oppo F11 Pro:-

1. Dwi-kamera belakang & rekaan yang memukau

oppo f11 pro

Oppo F11 Pro mempunyai dwi-kamera belakang dengan lensa 48-megapixel serta F1.79 aperture untuk kualiti gambar yang tiada tandingan. Ditambah pula dengan enjin A. I. Ultra-Clear, tiada lagi masalah pencahayaan seperti under-exposure dan over-exposure akan berlaku ketika anda mengambil gambar. Berikut adalah 3 ciri-ciri utama kamera Oppo F11 Pro:-

(i) Ultra Night Mode
oppo f11 pro

Sekiranya anda sering mengalami kesukaran mengambil gambar pemandangan pada waktu malam, pilihan “Ultra Night Mode” pada Oppo F11 Pro ini akan memastikan apa sahaja jenis gambar anda ambil akan jelas dan terang seperti kristal. Malah setiap perincian di dalam gambar tersebut juga akan terserlah, memastikan anda dapat mengabadikan keindahan malam seperti yang anda idamkan selama ini.

(ii) Potrait Mode

oppo f11 pro

Pilihan “Potrait Mode” ini adalah sangat berguna untuk anda yang suka berkongsi kecantikan dan kehenseman anda di laman sosial. Tak kira siang atau malam, ia akan memastikan setiap gambar yang diambil adalah terang, jelas dan sempurna.

(iii)Dazzle Color Mode

oppo f11 pro

Untuk gambar yang lebih mengkagumkan, “Dazzle Color Mode” ini akan menambahbaik warna pemandangan latar belakang ketika anda bergambar. Serius nampak macam dalam movie. Confirm kawan-kawan anda akan jeles melihat ke’awesome’an gambar yang dibidik dengan Oppo F11 Pro ini.

oppo f11 pro

2. Skrin Panaromic 6.5 inci Full HD & kamera periskop yang “tersembunyi”

Oppo F11 Pro direka dengan teknologi Nano Printing yang memberikan kesan seperti ‘ink-painting’, Tengok dari jauh pun dah tau korang adalah pengguna Oppo F11 Pro kerana rekaannya yang berbeza daripada smartphone lain.

oppo f11 pro

Skrin Oppo F11 Pro turut menggunakan kaca Corning generasi kelima yang tahan lasak, susah calar dan menjimatkan bateri. Paparan Full HD dengan skrin saiz sebesar 6.5 inci menjanjikan kepuasan buat para penggunanya, sama ada untuk menonton video, bermain games atau sekadar melayari Internet.

oppo f11 pro

Ketiadaan sebarang takuk atau lubang pada skrin Oppo F11 Pro dan juga ratio “screen-to-body” yang sangat mengkagumkan ini berjaya direalisasikan kerana kamera “selfie” yang berbentuk seperti periskop Oppo F11 Pro ini telah berjaya disembunyikan.

Diinspirasi daripada rekaan minyak wangi, kotak barang kemas dan amber, kamera hadapan Oppo F11 Pro yang direka secara bulat melengkung (rounded curve) akan dinaikkan secara automatik apabila pengguna mengakses aplikasi dengan kamera hadapan.

Ia terletak di bahagian tengah untuk memastikan ‘selfie’ yang diambil akan kelihatan lebih ‘natural’.

Turut tersedia ialah beberapa solusi custom-made “beautification” untuk semua jenis pengguna untuk kesan ‘selfie’ semulajadi.

3. VOOC 3.0 Flash Charge dan bateri 4000 mAh
oppo f11 pro

Oppo F11 Pro dijana oleh bateri 4000mAh, dan menawarkan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0 berasaskan mikro-USB. Ia boleh digunakan selama 15 jam selepas dicas sepenuhnya. Paling best, masa untuk pengecasan adalah 30 minit lebih pantas berbanding dahulu dan sangat-sangat selamat.

4. Teknologi “Hyper boost”

oppo f11 pro

Satu lagi kehebatan Oppo F11 Pro ialah kewujudan teknologi ‘hyper boost’ yang memastikan kelancaran penggunaannya sama ada ketika mengambil gambar, bermain game, menonton video atau ber’selfie’. All day long all nite long boleh guna.

6. Harga berbaloi dan pelbagai hadiah menarik jika anda ‘pre-order’

Dengan harga jualan sebanyak RM1399, Oppo F11 Pro memang sangat berbaloi untuk anda miliki. Anda boleh beli terus di Oppo Concept Store apabila jualan rasmi bermula kelak.

OPPO Concept Store: http://www.oppo.com/my/shops/

Nasihat kami, baik pre-order terlebih dahulu sebab confirm Oppo F11 Pro ini akan laris bak pisang goreng panas.

Pre-order : http://www.oppostore.com.my

oppo f11 pro

Untuk makluman, pre-order akan bermula pada 19 Mac ini sehingga 29 Mac kelak. 12 pelanggan yang membuat ‘pre-order’terawal akan mendapat hadiah sepasang tiket masuk ke Pesta Belon Panas Ke-10 Putrajaya. 2 pemenang bertuah pula akan dipilih secara rawak untuk membawa pulang tiket menaiki belon panas untuk pesta tersebut.

Selain itu, setiap pembeli pre-order akan menerima Olike Bluetooth Speaker yang bernilai RM99 sebagai hadiah. Tidak dilupakan “extended warranty” selama 365 hari, “screen protection warranty” juga selama 366 hari dan RM50 subsidi petrol untuk mereka yang datang ke kedai Oppo untuk membeli Oppo F11 Pro. Untuk maklumat lanjut, layari www.oppostore.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...