Ini Punca Kenapa Kyoto Jadi Kubu Kuat Parti Komunis Dan Cara Masyarakatnya Membuat Keputusan

Trending

Ini Punca Kenapa Kyoto Jadi Kubu Kuat Parti Komunis Dan Cara Masyarakatnya Membuat Keputusan

Masyarakat Kyoto Merupakan Masyarakat Jepun Yang Paling “Koservetif” tetapi pada masa yang sama sangat “Progresif”. Masyarakat Kyoto sememangnya sangat dinamik dan sangat sukar untuk diramal.

Tahukah anda bahawa masyarakat Jepun di Kyoto merupakan masyarakat Jepun yang paling “Konservetif” dan “Rigid” dari segi budaya dan agama?

Advertisement

Kalau sebut masyarakat Kyoto, antara gambaran pertama yang terlintas dalam fikiran masyarakat Jepun ialah masyarakat yang penuh dengan peraturan dan pemikiran yang agak “sempit”.

Jika dibandingkan masyarakat Jepun yang berada di kawasan-kawasan lain seperti Yokohama, Osaka, Tokyo, Hiroshima dan lain-lain masyarakat di kawasan negara Jepun.

Maka, tidak hairanlah mengapa di Jepun ini, kawasan Kyoto lah yang paling banyak bilangan jumlah Tokong bagi agama Buddha dan Shinto.

Tetapi, dari segi politik Kyoto sangat berbeza dengan kawasan-kawasan lain di Jepun. Kenapa?

Kerana sudah tiga penggal berturut-turut kesemua kerusi Parlimen di kawasan Kyoto dimenangi oleh Parti Komunis Jepun.

Parti Komunis Jepun

Saya ulang semula, Parti Komunis Jepun dan kubu kuat pemikiran Parti Komunis Jepun berpusat di Kyoto University iaitu universiti berkedudukan ketiga terbaik di Jepun.

Berkedudukan tangga ke-17 di rantau Asia dan tangga ke-36 dalam carta kedudukan universiti terbaik di dunia.

Alhamdulilah, saya berkesempatan melawat universiti ini pada minggu lepas setelah dibawa oleh salah seorang rakan Jepun Muslim saya selepas menunaikan solat fardu Jumaat.

Satu pengalaman yang sangat bermanfaat kepada diri saya dikala sedang bermusafir di negara Jepun khususnya kawasan Kyoto.

Parti pemerintah iaitu LDP (Parti Liberal Demokratik) dan parti pembangkang utama iaitu DPJ (Parti Demokratik Jepun) cuba untuk menembusi kawasan Parlimen Kyoto tetapi setakat ini, usaha mereka menemui jalan buntu setelah tiga kali Pilihanraya Umum di Jepun berlangsung.

Agak mengejutkan saya betapa kuatnya pengaruh parti ini dikalangan pengundi di kawasan Kyoto yang majoritinya adalah golongan yang berumur 55 tahun ke atas.

Ramai dikalangan para pengkaji politik, Hubungan Antarabangsa serta pelajar Sains Politik cuba untuk memahami gaya pemikiran pengundi dan penduduk masyarakat Kyoto.

Tetapi, tiada jawapan solid yang mereka temui sehingga hari ni.

Saya sendiri merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa serta Pengajian Strategik (cabang bagi bidang Sains Politik), apabila mengetahui perkara ini, ia sangat mengejutkan saya dan memuatkan saya berfikir sejenak.

Perkara penting yang saya nak bagitahu disini bahawa walaupun masyarakat Kyoto terkenal dengan gelaran atau di label sebagai masyarakat untuk geng-geng “Konservetif”.

Tetapi, dari segi membuat keputusan politik, mereka dianggap paling berani membuat “keputusan” yang diluar jangkaan ramai.

Universiti Kyoto sendiri merupakan universiti yang paling bebas di negara Jepun untuk mengemukakan pandangan dan meluahkan “expression” masing-masing.

Maka, tidak hairanlah universiti ini begitu “warna-warni” dengan lukisan para aktivis politik haluan kiri dan meraikan pandangan daripada golongan yang tidak bersetuju dengan mereka dengan cara yang begitu matang sekali.

Ramai yang salah faham terutamanya masyarakat Malaysia apabila dikatakan Komunis, terus terlintas di fikiran mereka bahawa Komunis itu adalah sebuah “Agama”.

Ataupun pemikiran yang “Menolak” kepercayaan agama. Sebenarnya Komunis adalah idea pemikiran tentang sistem Ekonomi sahaja.

Saya secara peribadi banyak benda juga yang saya kritik tentang ideologi Komunis tetapi pada masa yang saya, saya hormati pemikiran mereka selagi mereka tidak memaksa saya untuk terima bulat-bulat apa yang mereka sampaikan.

Itulah dipanggil “ilmiah” dan “agree to disagree”.

Tetapi, malangnya masih ramai masyarakat di Malaysia tidak faham perkara ini. Takpelah…mungkin masa akan menentukannya. InsyaAllah.

Saya harap tiada yang akan melebel saya sebagai Pro-Komunis ataupun sekapal dengan Golongan Kiri atau apa-apa label yang seangkatan dengannya.

Saya suka mengkaji corak pemikiran politik masyarakat di dunia ini sejak dibangku sekolah menengah lagi dan kebetulan sekarang saya sedang tinggal untuk jangka masa yang agak lama di kawasan Kyoto, Jepun.

Jadi, masyarakat Kyoto merupakan “subjek” saya pada kali ini untuk saya perhalusi corak pemikiran mereka.

Maka, saya merasakan inii sesuatu yang bagus dan menarik untuk dikaji secara bersama terutamanya bagi mereka yang bergelar ahli politik, ahli akademik dalam bidang kemanusiaan dan pelajaran politik kepada para pengundi di seluruh dunia (termasuklah Malaysia).

Saya impikan agar suatu hari nanti para pelajar universiti di Malaysia juga dapat bersikap matang dan menerima perbezaan pendapat walaupun golongan atau individu tersebut bukan dari aliran pemikiran yang anda sedang dokongi.

Mungkin ini juga akan menyumpang kepada peningkatan intelektual dan daya fikiran yang kritik dalam kalangan para pelajar universiti di Malaysia itu sendiri pada masa akan datang.

Sekaligus, kedudukan universiti Malaysia dan wajah politik Malaysia akan berubah pada masa kelak.

Kredit : Muhammad Syukhri Shafee

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...