“Ini Pes Penyondol Tu Ke, Saya Taknak Beli Nanti..” – Datuk Nora Berhenti Buat ‘Live’ Berniaga Gara-Gara Isu Peribadi

Hiburan

“Ini Pes Penyondol Tu Ke, Saya Taknak Beli Nanti..” – Datuk Nora Berhenti Buat ‘Live’ Berniaga Gara-Gara Isu Peribadi

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin, mendedahkan dirinya pernah berdepan pelbagai tohmahan dan kecaman daripada warganet selepas berkahwin buat kali kedua, hingga menjejaskan semangatnya untuk terus berniaga.

Menerusi pendedahan dalam podcast Hidup Ini Keras, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata dia pernah mengusahakan produk pes masakan dan bergantung kepada jualan harian untuk menjana pendapatan.

Advertisement

Sebelum ini saya aktif berniaga dan buat live untuk berniaga. Secara konsisten, saya dapat jual 20 ke 30 pek sehari. Bagi saya itu sudah cukup untuk jana pendapatan.

Namun, penyanyi berusia 53 tahun ini mengakui pernah berputus asa untuk meneruskan sesi siaran langsung selepas menerima komen melampau daripada netizen.

Suatu hari ketika saya buat live, ada yang komen, ‘Ini pes penyondol tu ke? Saya tak nak beli, nanti kalau saya makan saya jadi penyondol.

Sakit sangat… saya dah tak nak buat live. Saya dah tak sanggup dan tak kuat. Saya berhenti seketika dan ambil masa untuk kembali.”

Menurut penyanyi lagu Di Persimpangan Delima itu lagi, tekanan yang dihadapi turut menjadi antara sebab dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Itu juga antara sebab yang saya katakan kepada Rushdi… tak mengapalah, mungkin ini sudah ketentuan Allah. Saya tak boleh untuk berterusan begini.

Kita andaikan bahawa jodoh kita hanya setakat ini dan Allah lebih mengetahui. Saya minta ampun dan memohon untuk undur diri.

Terdahulu, pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap Dr. Rushdi, yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya. Mereka berkahwin secara tertutup pada hujung 2021.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fazura
14 mins ago

"Buat Apa Nak Meratap, Tak Payahlah.." - Nur Fazura Wanita 'Luar Biasa'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...