Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Ini Pertandingan Untuk Lagu” – Azmeer Dedah AJL Bukan Pertandingan Nyanyian

Meskipun semua lagu yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) merupakan karya terbaik, namun ketua juri SFMM35 iaitu Azmeer akui tetap mempunyai kekurangan ketika pemarkahan dibuat.

Ujarnya, beberapa kesalahan kecil menjadi faktor mengapa beberapa lagu yang dijangka melangkah ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) gagal ke pentas akhir itu

Advertisement

“Semua lagu (di SFMM35) adalah juara. Bukannya tak bagus, cuma dari sudut pemarkahan ada kurang sedikit. Contohnya lagu Sembah nyanyian Naim Daniel, juri merasakan bunyi gitar terlalu mengganggu vokal. Saya faham, dalam persembahan ada konsep yang diketengahkan, namun keindahan lagu juga penting.”

Tambahnya lagi, lagu yang dikategorikan sebagai lagu popular seperti Sakit nyanyian Yonnyboii dan Zynakal tidak layak kerana tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Bahkan beliau juga menyeru orang ramai khususnya para peminat agar memahami proses pemarkahanan dari sudut teknikal.

Advertisement

“Saya suka lagu itu, tetapi ia lebih kepada lagu popular dan bukan lagu pertandingan. Semua orang buat salah sebab kita manusia. Ada salah sikit-sikit saya tak ‘pancung’ (potong markah) sebab tidak bererti lagu itu tak bagus. Kalau saya ada kuasa, saya nak 17 lagu bertanding di AJL35, tapi kita kena faham hanya 12 lagu dipertandingkan. Saya harap peminat boleh faham dari sudut teknikal. Contohnya, walaupun Aishah ada sedikit kekurangan ketika menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu, tapi melodinya bagus. Ini pertandingan untuk lagu, bukan pertandingan nyanyian. Jangan hukum komposer kalau ada kesilapan daripada penyanyi.”

Untuk rekod, semalam 12 lagu telah diumumkan layak ke AJL35 sekali gus bakal berentap secara langsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 7 Februari 2021.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    December 17, 2020 at 2:28 pm

    cakap je nama siti semua masuk..kan senang..

  2. Anonymous

    December 17, 2020 at 9:51 am

    klu mcm tu, baik xpayah buat pertandingan live. dgr jak dr recording lps tu umum pemenang. Jimat masa dan tenaga.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top