Kes mahkamah di antara pelakon Amelia Henderson dan penerbit Datuk A Aida selaku pemilik syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd akhirnya selesai pada hari ini.
Mahkamah dilaporkan memerintah Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM213,000 kepada penerbit berusia 53 tahun itu.
Dalam pada itu, A Aida menegaskan bahawa dia tidak akan lagi memanggil Amelia untuk bekerjasama dengannya dalam apa jua projek akan datang.
Malah, Amelia juga turut disenarai hitam daripada berlakon dalam mana-mana drama penerbitan syarikatnya itu sampai bila-bila.
Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi. Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi.”
Ujarnya, dia lebih rela bekerjasama dengan bakat-bakat baru yang tidak menyusahkan atau menyukarkan keadaan sepertimana yang terjadi antaranya dan aktres berusia 28 tahun itu.
Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. ‘No more’! Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah.”
Sementara itu, Amelia turut diperintahkan untuk memohon maaf serta memadam semua perkongsian video di dalam Instagram yang mengandungi fitnah terhadap syarikat produksi terbabit.