“Ini Pertama Kali Jadi..” – Ahli Jawatankuasa Surau Bantu Beri Perlindungan Pada Wanita India Baru Bersalin & Tak Ada Tempat Tuju

Kehidupan

“Ini Pertama Kali Jadi..” – Ahli Jawatankuasa Surau Bantu Beri Perlindungan Pada Wanita India Baru Bersalin & Tak Ada Tempat Tuju

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita berbangsa India yang berusia 20 tahun yang dipercayai baru melahirkan anak dan berlindung di sebuah surau.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ahli jawatankuasa Surau Madrasatul Huda di Alor Setar, Kedah dilihat menjaga wanita tersebut bersama bayinya.

Advertisement

wanita india berlindung di surau

Pertemuan yang menyedarkan erti nilai kemanusiaan

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu merayu agar dirinya tidak dihalau ketika dirinya ditemui dalam keadaan cemas dan kebingungan di belakang rumah Setiausaha Surau Madrasatul Huda.

Shamsul Anuar Aziz, pemilik akaun TikTok itu menyifatkan pertemuan dengan wanita itu sebagai sesuatu yang menyedarkan diri erti nilai sebenar kemanusiaan, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Menurutnya, ketika kejadian itu mereka baru selesai menunaikan solat Maghrib dan dia duduk sebentar di luar surau dan ternampak seorang wanita India mendukung bayi berjalan perlahan-lahan di hadapan surau.

Cara dia jalan, wajah dia… nampak takut, macam orang dalam masalah, bayinya hanya berbalut tuala berwarna kuning sambil menggalas beg plastik.

Merayu agar tidak dihalau

Shamsul Anuar berkata, dia menerima panggilan daripada sepupunya yang memaklumkan tentang seorang wanita bersama bayi bersembunyi di kawasan gelap berhampiran rumah.

Saya terus pergi tengok, bawa dua tiga orang jemaah. Bila sampai, saya nampak dia duduk berselubung, sembunyi belakang kereta. Tempat itu memang gelap. Bila saya tegur, dia macam nak lari.

 

Ketika itu dia cakap perlahan, ‘tolong jangan halau saya’. Hati saya terus jadi sebak.

Difahamkan, dia berjaya menenangkan wanita itu dan memujuknya ke surau bagi mendapatkan tempat yang lebih selamat dan tenteram.

wanita india berlindung di surau

Katanya. wanita itu kurang bercakap mungkin kerana dia dalam ketakutan dan trauma.

Saya kata saya bukan nak halau, saya nak tolong. Dia akhirnya ikut saya ke surau. Kami beri dia tempat duduk dan tanya apa masalah dia.

Jemaah bantu beli barang keperluan bayi

Selepas dipujuk, wanita itu mula bercerita bahawa dia menumpang di rumah rakannya berhampiran kampung berkenaan yang turut mempunyai keluarga, namun tertekan berdepan isu kewangan sementara suaminya sedang menjalani hukuman penjara.

Dia cakap dia lari dari rumah kawan sebab rasa tak selamat. Dia tak ada duit, tak ada tempat nak pergi. Anak dia pun cuma balut dengan tuala, ‘pampers’ sudah lama tak tukar.

Tersentuh dengan nasib wanita itu, Shamsul dan beberapa jemaah lain bertindak membeli susu, lampin pakai buang dan makanan untuk bayi berkenaan serta menyediakan tempat rehat sementara di surau.

Shamsul memberitahu mereka juga berpakat membelikan tiket ETS paling akhir pada malam itu dan memastikan dia dan bayinya naik kereta api dengan selamat setelah wanita itu memberitahu dia mempunyai seorang abang di Pulau Pinang.

ajk surau bantu wanita india

Ini pertama kali jadi di surau kami. Tapi saya bersyukur kami diberi peluang bantu dia. Kita tak kira bangsa atau agama, yang penting dia dan bayi selamat.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ahli politik ambil semula barang bantuan daripada mangsa
4 weeks ago

Wakil Ahli Politik Minta Semula Barang Bantuan Daripada Keluarga Mangsa Kebakaran - "Masa Bagi Bantuan Dia Rakam.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...