Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ini Perkara Remeh – Sharnaaz Ahmad

Perbalahan antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali sememangnya satu perkara remeh dan kecil. Tak perlu diperbesarkan seolah-olah masalah dunia. Boleh diselesaikan tanpa bantuan mana-mana pihak. Itu yang Abang Nara pelik apabila pihak Karyawan berniat untuk memanggil mereka berdua. Rasanya banyak lagi perkara penting yang boleh didahulukan. Keremehan perbalahan ini diakui sendiri oleh Sharnaaz Ahmad.
sharnaazYang pastinya, Sharnaaz enggan pihak Karyawan atau mana-mana pihak ketiga campur tangan dalam pergaduhannya dengan Azwan Ali. Kata Sharnaaz menerusi Harian Metro:-

Saya tak ada isu pun kalau nak berjumpa dan selesaikan masalah ini dengan dia secara peribadi. Bagaimanapun kalau sampai Karyawan nak aturkan kami berbaik, rasanya tak payahlah.

Saya faham dan hargai niat Karyawan baik untuk menyelesaikan masalah. Cuma hal ini terlalu remeh sampai pihak ketiga nak campur tangan.

Kalau untuk hal remeh dan kecil macam ini, rasanya tak perlulah saya nak turun (bertemu). Saya boleh jumpa dia (Azwan) terus saja.

Advertisement

azwan ali

Abang Nara sokong kata-kata Sharnaaz. Setakat gaduh-gaduh manja macam ini, tak perlulah Karyawan ke Seniman ke nak campur tangan. Benda boleh setel. Cuma perlu mesej atau telefon sahaja. Jumpa lepak sambil minum teh tarik. Salam tangan minta maaf dan selesai. Kalau nak atur pertemuan kena buat majlis la apa bagai. Habis pulak duit. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top