Perbalahan antara Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali sememangnya satu perkara remeh dan kecil. Tak perlu diperbesarkan seolah-olah masalah dunia. Boleh diselesaikan tanpa bantuan mana-mana pihak. Itu yang Abang Nara pelik apabila pihak Karyawan berniat untuk memanggil mereka berdua. Rasanya banyak lagi perkara penting yang boleh didahulukan. Keremehan perbalahan ini diakui sendiri oleh Sharnaaz Ahmad.
Yang pastinya, Sharnaaz enggan pihak Karyawan atau mana-mana pihak ketiga campur tangan dalam pergaduhannya dengan Azwan Ali. Kata Sharnaaz menerusi Harian Metro:-
Saya tak ada isu pun kalau nak berjumpa dan selesaikan masalah ini dengan dia secara peribadi. Bagaimanapun kalau sampai Karyawan nak aturkan kami berbaik, rasanya tak payahlah.
Saya faham dan hargai niat Karyawan baik untuk menyelesaikan masalah. Cuma hal ini terlalu remeh sampai pihak ketiga nak campur tangan.
Kalau untuk hal remeh dan kecil macam ini, rasanya tak perlulah saya nak turun (bertemu). Saya boleh jumpa dia (Azwan) terus saja.
Abang Nara sokong kata-kata Sharnaaz. Setakat gaduh-gaduh manja macam ini, tak perlulah Karyawan ke Seniman ke nak campur tangan. Benda boleh setel. Cuma perlu mesej atau telefon sahaja. Jumpa lepak sambil minum teh tarik. Salam tangan minta maaf dan selesai. Kalau nak atur pertemuan kena buat majlis la apa bagai. Habis pulak duit. Tak gitu?
P.S: Mercedez Benz GLA 250 dilihat