Ini Perkara Penting Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Trending

Ini Perkara Penting Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Rumah

Mesti ramai yang menganggap isu sewa rumah ini satu masalah yang remeh dan mudah. Tetapi banyak kes rumah yang disewakan menjadi seperti tongkang pecah, rosak dan hancur angkara penyewa yang tidak bertanggungjawab. Habis harta benda dirosakkan, mesti sakit kepala anda kan?

Advertisement

Ramai pemilik rumah sewa dan penyewa yang tidak faham dengan perjanjian sewa rumah (Tenancy Agreement) dan betapa pentingnya perjanjian ini perlu dimatikan setem.

Apa itu perjanjian rumah sewa?

Sumber:Cerita pic

Perjanjian rumah sewa ialah satu perjanjian ikatan kontrak yang dipersetujui oleh pemilik rumah dan penyewa. Ini bertujuan untuk melindungi hak pemilik dan penyewa melalui undang-undang dan syarat-syarat tertentu.

Perjanjian penyewaan ini perlu senang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Walaubagaimanapun, pihak pemilik hartanah dan penyewa perlu memahami isi kandungan perjanjian tersebut dengan terperinci supaya hak masing-masing dapat dijelaskan jika berlaku perselisihan faham (dispute) pada masa depan.

Perjanjian ini juga boleh disediakan oleh pihak ketiga iaitu peguam atau agen hartanah namun persetujuan haruslah dicapai oleh pemilik hartanah dan bakal penyewa sebelum ditandatangani.

Kandungan perjanjian rumah sewa:

  • Jumlah sewa bulanan
  • Tarikh bayaran sewa
  • Jumlah deposit
  • Maklumat pemilik dan penyewa
  • Alamat premis yang disewa
  • Akaun pemilik dan senarai inventori rumah

Pemilik juga boleh menambah terma dan syarat di dalam perjanjian tersebut contohnya seperti:

  • Apa akan berlaku jika penyewa lewat membayar sewa.
  • Siapa akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan seperti tandas tersumbat atau mentol tidak menyala.
  • Bagaimana sekiranya premis yang disewa disalah gunakan.

Perkara yang amat penting di dalam Perjanjian Penyewaan ini adalah persetujuan dan ditandatangani kedua-dua pihak. Dimana ‘stamping’ perlu dibuat di Jabatan Hasil Dalam Negara (LHDN) supaya dokumen ini dikira sah disisi undang-undang.

Perjanjian sewa rumah yang telah dimatikan setem amat penting kerana ianya sah diguna pakai di mahkamah sekiranya berlaku pertikaian di masa hadapan.

Jika tidak, sebarang masalah yang berlaku tidak dapat diselesaikan di mahkamah dan seterusnya boleh mengakibatkan ketidakadilan kepada penyewa ataupun tuan rumah. Bayaran untuk ‘stamping’ biasanya dikenakan kepada penyewa.

Bagi tuan rumah, dokumen ini boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan (extra income) jika ingin memohon pinjaman daripada bank bagi merendahkan tanggungan tuan rumah dengan bayaran bulanan bank.

Jadi selepas ini, kedua-dua pihak perlulah baca perjanjian sewa rumah dengan teliti supaya tidak menyusahkan kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Sumber: Hartanahbangi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...